Resipi Capati Istimewa Tok Jit, Mudah Hanya Guna Tepung Gandum

Penggemar Capati pasti suka dengan resipi yang satu ni. Sangat mudah disediakan serta hanya menggunakan tepung gandum dan bukan tepung atta seperti kebiasaan.

Menurut saudari Yatt Ismail, resipi ini adalah resipi yang diwarisi dari moyangnya Abdul Aziz yang diturunkan kepada keluarga. Patutlah istimewa. Bila air tangan orang dulu-dulu ni, pasti sangat enak rasanya.

Oh ya, empunya resipi juga berpesan, resipi ini sukatan yang diberi adalah anggaran sahaja kerana biasanya bila beliau masak, hanya main letak sahaja bahannya. Bagi yang nak cuba, boleh ubah suai sendiri ikut selera ya.

Capati ini boleh dinikmati bersama kari. Jika anda suka, boleh sahaja nikmatinya bersama Sambal Sardin. Jom cuba! Anda pasti suka.

 

RESEPI CAPATI TOK JIT. SEDAP, MUDAH & HANYA GUNA TEPUNG GANDUM

BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum beli online disini
6 sudu besar marjerin beli online disini
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 mug air tapis
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum ke dalam besin bersama marjerin. Gaul.
2.Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
3.Seterusnya masukkan air. Uli sampai sebati dan doh yang tidak melekat di tangan.
4.Bulatkan doh sebesar saiz pau. Lakukan hingga habis adunan.
5.Ambil sebiji doh dan nipiskan atas papan canai yang telah ditabur dengan sedikit tepung gandum.
6.Bakar atas pan tanpa minyak hingga masak. Terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna.
7.Angkat dan boleh dicicah dengan kari atau sebarang kuah pilihan.

Kredit resipi & foto: Yatt Ismail

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia

Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah Macam Dekat Restoran

Cara Buat Kuih Lopes Gula Melaka Sedap Guna Lemang Segera

Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply