Resipi Mudah Kuih Tiram @ Lidah Buaya Rangup & Sedap Hanya Guna 4 Bahan

Suka makan Kuih Tiram? Ada juga yang memanggil snek tradisional ini dengan nama Kuih Lidah Buaya.

Sangat mudah rupanya untuk membuat kuih ini. Menerusi perkongsian saudari Nur Aisya, bahan utama untuk membuatnya adalah tepung gandum, telur dan tepung ubi sahaja. Cukup ringkas. Ingatkan susah. Rupanya simple sahaja tapi hasilnya sangat sedap.

Bagi anda yang suka makan kudapan ini,memang patutlah anda cuba. Sekali buat, dapat berbalang-balang. Memang sangat berbaloi. Kos pun tidak mahal. Jadi tunggu apa lagi? Jom liht cara-cara penyediaannya.

CARA-CARA MEMBUAT KUIH TIRAM @ KUIH LIDAH BUAYA SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum beli online disini
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air suam
BAHAN PES UNTUK SAPUAN:
4 sudu tepung ubi beli online disini
Minyak masak secukupnya
(Satukan jadi pes)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan doh dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2.Uli hingga sebati. Doh hendaklah keras dan bukan lembut. Agak-agak macam doh karipap tapi keras sedikit.
3. Bahagikan doh kepada doh-doh kecil. Canai hingga nipis.
4. Sapukan pes minyak tadi di permukaan doh yang dicanai. Kemudian gulung dan susun atas dulang. Lakukan hingga habis doh.
5. Ambil doh tadi dan potong kecil. Tekan sedikit dan canai panjang serta nipis.
6. Panaskan minyak masak dan goreng doh tadi. Masa goreng, simbah-simbah sikit minyak atas permukaan kuih.
7. Bila sudah garing dan berwarna keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Salut dengan gula. Kuih Tiram sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Aisya

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia

Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah Macam Dekat Restoran

Cara Buat Kuih Lopes Gula Melaka Sedap Guna Lemang Segera

Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Comments

Leave a Reply