Jom cuba buat Aiskrim Yogurt homemade yang sangat sedap ini. Menurut saudari Syawani Yusoff, aiskrim ini sentiasa mendapat permintaan ramai. Cara membuatnya sangatlah mudah. Perisanya boleh disesuaikan mengikut selera masing-msing. Teringin nak buat sendiri untuk keluarga? Jomlah buat! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya. Selamat mencuba!
RESIPI AISKRIM YOGURT HOMEMADE & CARA MUDAH UNTUK MEMBUATNYA
BAHAN-BAHAN:
- 2½ cawan non-dairy whipping cream @ krim putar bukan tenusu – beli online disini
- 1/2 cawan susu penuh krim / susu cair – beli online disini
- 1 sudu besar ovalette – beli online disini
- 1 bekas natural / asli yogurt lactel 470gm – beli online disini
- 1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini
- Filling jem pilihan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Pukul sebati whipping cream, susu segar dan ovalette.
2. Masukkan yogurt dan susu pekat manis. Adun lagi sehingga adunan gebu dan naik dua kali ganda.
3. Lapiskan adunan aiskrim dan filing dalam bekas pilihan. Ulang langkah melapis sehingga bekas penuh.
4. Sejukkan di dalam peti ais bahagian beku sekurang-kurangnya 4 jam. Sedia untuk dinikmati seisi keluarga
NOTA:
- Resepi asal daripada Azlina Ina tapi diolah mengikut citrasa dan kesesuaian.
- Satu adunan boleh dapat lebih kurang + – 40 cup saiz 4 oz (bekas dadih yang kecil) + extra 1 bekas saiz 250sq jika ada extra.
Kredit resipi & foto: Syawani Yusoff
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.