Mee Celup Thai, Rasa Macam Makan Kat Kedai. Tak Nak Makan Nasi Boleh Buat Menu Ni. jadi menu makan malam bersama keluarga pun sesuai juga. sedap dan mengenyangkan.
Biasa bila kita makan di restoran Thai, makan Mee Celup Thai sangatlah sedap rasanya. Hidangan mee celup, bihun celup dan maggi celup cukup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama. Kuah Mee Celup Thai biasanya berwarna gelap dan pekat menjadikan ia cukup sempurna untuk dinikmati. Ayuh kita buat Mee Celup Thai mengikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Faziela Lala
RESIPI MEE CELUP THAI
BAHAN UNTUK KUAH:
Tulang/daging/ayam
1 paket rempah sup Thai (pek oren) – beli online
Bawang putih *diketuk – beli online
Serai *diketuk
Akar ketumbar
Daun ketumbar *diblender
Halia – beli online
Lengkuas – beli online
Kicap sotong/ sos ikan – beli online
Kicap Mountain Thai
Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.
3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.
UNTUK BAHAN CELUR:
Kangkung/sawi
Tauge
Mee/kuew teow/ bee hoon/Meggi Thai
UNTUK BAHAN PENAMBAH RASA:
Lada jeruk
Limau nipis
Bawang goreng
Bawang putih goreng
Kacang tumbuk
Serbuk lada sulah
Minyak cili
*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang sudah siap.
CARA HIDANG:
Masukkan bahan celur dan bahan penambah rasa. Tuangkan sup. Susun juga hirisan daging di atasnya. Boleh juga letak telur separuh goreng separuh masak jika suka.
Sumber kredit: Faziela Lala
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Cara Buat Mi Goreng Basah Melekit-lekit Paling Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.