Resipi Kepak Ayam Bakar Madu Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je

Ibu mesti tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni.  Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Rasa pun tak pedas. Cukup perisanya dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Jika tiada kepak, boleh sahaja guna apa-apa bahagian ayam yang anda ada. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!

 

RESIPI KEPAK AYAM BAKAR MADU

 

CARA MEMASAK:

 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.

 2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.

3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.

 4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.

INFO CHEF:

  1. Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
  2. Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .

 

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply