Kengsom Ikan Siakap, Lauk Simple Buat Makan Nasi Bertambah

Kengsom Ikan Siakap, Lauk Simple Buat Makan Nasi Bertambah

Hari ini nak masak apa? Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam, masin, manis dan pedas, bolehlah cuba masak Siakap Kengsom. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

RESIPI SIAKAP KENGSOM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah –BELI ONLINE
2 inci kunyit
1 inci belacan –BELI ONLINE
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi –BELI ONLINE
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan

 

CARA-CARA MEMBUAT:

1.Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.

2. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Reneh selama 10 minit. Sambil reneh, sediakan bahan lain.

3.  Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ini memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.

4. Masukkan nanas yang sudah dihiris setebal 1 inci. Masakan ini sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.

5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ini memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.

6. Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi sudah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.

7. Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Limau nipis ada rasa sitrus yang buat hidangan ini rasa lebih segar.

8. Masukkan kangkung. Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Siap untuk dihidangkan.

 

 

 

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Sedapnya! Resipi Nasi Kerabu Kuning Untuk Berbuka Puasa

Sedapnya Puding Kastard Berkuah, Makan Sejuk-sejuk Terasa Nikmat Sangat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply