Lima Warna Jadi Trend 2024, Sesuai ‘Makeover’ Kediaman Dengan Warna Ini!

Warna memainkan peranan penting pada keluasan ruang kediaman.

Setiap tahun, pengusaha cat pasti akan melancarkan skim warna pilihan mereka. Pemilihan warna yang menjadi trend mereka kebiasaannya bergantung kepada persekitaran dan nasihat dari pakar warna.

Untuk tahun 2024, ini lima pilihan warna yang diramalkan bakal menghiasi tema untuk kediaman.

1. Kombinasi warna gelap 

Image

Di hujung spektrum yang bertentangan, warna yang sedikit gelap akan memainkan peranan penting dalam mengimbangi rona terang pada tahun hadapan.

Gabungan warna daripada coklat kepada coklat pekat dan hitam memberi kesan keharmonian pada ruang selain menjadikannya tampak luas. Anda memerlukan kontras itu untuk memberi ketegasan pada ruang dan pada masa sama menenangkan keadaan.

2. Kepelbagaian rona biru

Image

Tahun ini, kebanyakan masyarakat ingin mewujudkan ruang yang tenang dan selesa dengan menggunakan warna yang sangat cantik, lembut serta ‘berangin’. Jadi, warna biru merupakan salah satu warna yang berjaya mengekalkan populariti kerana hubungan semula jadinya dengan alam.

Ada juga yang memilih Blue Nova iaitu warna langit yang menggabungkan garis antara ungu dan biru, anda yang menggunakan warna ini akan merasa tenang seolah-olah berada di awang-awangan.

3. Gabungan pink dan merah

Image

Ramai yang meramalkan warna merah jambu akan terus meningkat dalam populariti kerana berasa nostalgia dan optimistik.

Rona merah jambu dan pink lembut ini juga akan kekal sebagai bahan ruji seperti yang dibuktikan oleh syarikat cat dan kertas dinding Britain, Little Greene, yang mengumumkan Masquerade neutral merah jambu lembut sebagai warna tahun ini.

Pic merah jambu yang sinonim dengan gaya romantik itu juga dikatakan akan mendominasi tahun 2024, sebagai peringatan untuk menikmati kebersamaan antara satu sama lain.

Penggunaan warna oren akan menyerikan lagi ruang tamu. -Gambar hiasan

Penggunaan warna oren akan menyerikan lagi ruang tamu. -Gambar hiasan

4. Kuning dan oren berkilat

Image

Tidak kurang juga yang meramalkan warna kuning dan oren akan menjadi warna trend untuk 2024. Lebih menarik apabila dua warna itu digabung bersama dan diterjemahkan pada tekstil, barang kemas mahupun laman.

Malah ada yang menyatakan warna Apricot Crush akan menguasai industri fesyen tahun hadapan.

5. Hijau bumi

Image

Warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi membangkitkan kualiti yang menenangkan yang kebanyakan orang rasa selesa. Rasa segar dan memupuk inilah yang memberi inspirasi kepada jenama British Graham dan Brown untuk menamakan warna hijau midtone, Viridis sebagai warna mereka tahun depan.

Bersama-sama dengan rona tanah, hijau gelap juga diramalkan akan membuat ‘percikan’ pada tahun akan datang.

Baca Lagi Di Sini:Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!
Mesti Baca:Cara Mudah Tanam Kobis dalam Pasu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:10 Tip WAJIB Tahu Untuk Yang Baru Nak Mula Bina ‘Kitchen Garden’

IMPIANA: Semoga perkongsian trend warna 2024 ini bermanfaat kepada semua.

Sumber : Veranda

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply