Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya dan boleh digunakan untuk masakan harian seperti Kobis Bunga ni. Namun nak semai dan tanam sayur kubis bunga ada tipsnya. Jika kena cara penjagaannya, 3 atau 4 bulan dah boleh tuai hasilnya.
Rupanya antara tip sewaktu tanam kobis bunga, pastikan’bunganya’ ditutup guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Malah bebas serangan dari serangga perosak dan sinar matahari.
Mak-mak nak cuba tanam sayur Kobis Bunga sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Norliza Abu Bakar. Berjaya semai dari biji benih sehinggalah mengeluarkan Kobis Bunga yang elok cantik, subur, besar dan segar bugar.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
Sepanjang 5 musim hampir 2 tahun dalam suasana PKP, ini adalah musim yang terindah pernah saya alami. Ada lagi yang cantik-cantik tapi yang ni paling saya sayang.
Walaupun amik masa yang panjang lebih 3 bulan untuk melihat hasilnya, tapi saya puas.Tip yang dikongsikan ini cara saya berkebun mungkin ada lagi sifu-sifu lain yang lebih handal berkebun. Kita berkongsi tips mana yang baik.
Antara Tipnya:
- Semai guna biji benih. Semai dulu tempat lain dah naik 5 inci alihkan ke polybag besar sikit.
- Saya tanam dalam polibag saiz 9×12, guna tanah sawit campur cocopeat.
- Saya letak bawah bumbung tepi longkang. Maklum lah rumah taman tu je ruang yang ada. Saya letak bawah awning tepi longkang jadi dapat panas petang sekejap je. Tapi rasa memang tak boleh direct matahari.
- Kalau dah keluar bunganya sekali biarkan pokok tu terus hidup. Lepas ambil bunganya nanti akan ada keluar anak-anak pokok dibatang pokok tu. Boleh patahkan, rendam sampai keluar akar atau terus tanam. Lagi senang dah tak payah guna benih.
- Saya pakai baja paksa gemok, tanah sawit campur sabut hancur. Baja seminggu sekali pada pangkal pokok. Cari spray racun serangga nama dia ‘raja anti serangga’ dekat Shopee.
- Saya tutup/sungkup bunga dia dengan netting atau sungkup dengan daun dia juga untuk bagi bunga cauliflower tu tak kuning dan tak cantik.
Tutup bunga tu guna daun dia.Hujung daun tu cucuk guna lidi atau cungkil gigi agar daun tu tak lepas. Bunga akan jadi lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Tu kaedah yang biasa petani-petani buat untuk lindung bunga dari serangan serangga perosak dan sinar matahari.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Ni gambar musim lepas masa tanam dalam 3 bulan lebih.
Baca Lagi Di Sini:Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!
Mesti Baca:Cara Mudah Tanam Kobis dalam Pasu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:10 Tip WAJIB Tahu Untuk Yang Baru Nak Mula Bina ‘Kitchen Garden’
IMPIANA: Semoga perkongsian penjagaan tanaman Kobis Bunga ini bermanfaat. Mak-mak yang suka berkebun tu, boleh cuba tanam kubis bunga ikut tip yang dikongsikan ini.Pastikan tutup ‘bunganya’ guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih.
Sumber: Norliza Abu Bakar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.