Ramai Tak Tahu Ada Hidden Gems Kedah, Dipanggil ‘Kashmir Malaysia’

Rasanya masih ramai tak tahu ada hidden gems Kedah yang dipanggil ‘KASHMIR Malaysia’. Cantik sangat pemandangan di sini, tenang dan sejuk mata memandang.

Apa yang menarik, kawasan ini ada dataran luas berlatarbelakang gunung-ganang. Menurut Hazwan Hfiz, kalau anda pernah ke kawasan Tasik Pedu, mesti jumpa kawasan yang disebut sebagai Kampung Mong Gajah.

Hidden Gems Kedah

Di sinilah lokasi yang dikatakan sebagai ‘Kashmir Malaysia’ tersebut.

Kampung Mong Gajah yang terletak di Tasik Pedu cukup popular dengan penemuan kubur lama di dasar tasik apabila tiba musim kemarau.

Asalnya kawasan ini adalah perkampungan Melayu sebelum ditenggelamkan air yang membentuk Tasik Pedu lebih kurang 50 tahun yang lalu.

Mungkin ramai generasi Tiktok sekarang yang tidak begitu mengenali Tasik Pedu yang juga merupakan sebuah empangan terbesar di negeri Kedah ini.

Ramai yang lebih mengenali Tasik Timah Tasoh di Perlis padahal pemandangan di sini lebih lawa, unik & eksotik.

Terletak berhampiran banjaran Kedah-Singgora yang memisahkan Malaysia & Thailand, Tasik Pedu pernah menjadi lokasi pelancongan popular suatu masa dulu kini sepi ditelan masa.

Bagaimana untuk ke Tasik Pedu?

Tasik Pedu sangat luas dan boleh diakses dari pelbagai jalan. Antaranya melalui Alor Setar, Kuala Nerang ataupun Sik.

Untuk melihat Tasik Pedu dengan lebih dekat boleh cari jalan ke Mutiara Pedu Lake, resort lama yang telah ditinggalkan. Guna Google Maps atau Waze sahaja untuk ke sini.

Dinasihatkan untuk berhati-hati kerana jalan di sini agak sunyi dan terbiar. Seeloknya berteman untuk eksplorasi kawasan sekitar yang jarang dilalui orang.

Banyak rakan-rakan camping yang berkunjung ke Pedu Lake melakukan aktiviti riadah seperti berkelah.

Seeloknya datang di sebelah petang untuk melihat ‘sunset’ di Tasik Pedu berlatarbelakang gunung yang sungguh indah!

Ramai yang camping di sini pada hujung minggu. Ada diceritakan banyak gajah jugak kelihatan di malam hari.

Nota: Peringatan – Tiada line telefon, tandas dan elektrik di kawasan ini. Keluar sebelum hari gelap.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply