Istimewanya seorang lelaki adalah apabila dia boleh menjadi ketua keluarga. Barulah nampak dia kuat dan gagah. Sebelum bergelar suami, elok sangatlah kalau lelaki baca pesana padu ni.
Hidup berumahtangga adalah satu perkongsian hidup. Baik suami atau isteri, masing-masing kena tahu tanggungjawab yang dipikul. Dari sebelum akad nikah lagi anda perlu tahu tentang ini. Kalau perlu berubah, eloklah buat perubahan itu.
BACA JUGA ARTIKEL Gagal IVF, FILA AMIR Tenang & Reda Terima Takdir. Muka Pun Masih Manis Dengan Senyuman! – Pesona Pengantin
Buat lelaki yang sering lupa:-
Lelaki kalau dah beristeri dan beranak;
Kurangkan lah game
Kurangkan lah aktiviti dengan kawan kawan
Kurangkan lah handphone
Kurangkan lah ego
Kurangkan lah berkira
Kurangkanlah malas..
BACA JUGA ARTIKEL “Kahwin Tak Payah Berhutang. Anak Dah 3 Pun Masih Bayar Loan!” – AJAK SHIRO – Pesona Pengantin
Dah ada anak ni, tugas lelaki akan jadi lebih besar. Didik anak bukan tugas mutlak si isteri, menjaga anak bukan juga tugas mutlak isteri bahkan kalau dia tak larat nak menyusu anak sekalipun bukan wajib bagi dia untuk menyusukan anak.
Kalianlah yang perlu usahakan untuk mengenyangkan anak kamu.
Banyak lelaki yang berkahwin hanya sekadar berkahwin. Hanya untuk menghalalkan hubungan. Bila dah beristeri dah beranak semua diabaikan.
Isteri tengah berpantang pon mereka sangat berat tangan nak membantu. Apatah lagi bila dah habis pantang. Pada mereka kerja mereka di pejabat dah cukup memenatkan.
Mereka lupa yang si isteri juga bekerja dan bantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Jangan biar anak anak x dapat sentuhan ayah. Jangan ajar anak anak beraja. Anak banyak belajar dari bapa.
Mereka nampak bapa mereka beraja, mereka juga akan berperangai seperti raja. Mereka nampak ayah mereka malas, mereka juga akan turut jadi malas.mereka nampak ayahnya pemarah mereka juga akan terbiasa menjadi seorang pemarah.
Jadi jangan biarkan anak anak mencontohi yang tak elok dari kita.
Betol x semua pon lelaki mcm ni. Banyak juga yang bagus bagus dan sangat membantu. Jadi bagi isteri isteri diluar sana, bersyukur lah kalau dapat suami yg baik dan memahami serta banyakkan lah bersabar serta berkomunikasilah dengan suami anda andai suami anda sejenis yang susah nak diharapkan ini.
Moga semuanya dalam keadaan baik dan bahagia.
Kredit : Keluarga Bahagia
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.