Isteri PADANG PAHALA, Tapi Kalau Tak Mampu Nak Penuhi Hajatnya Cakap ‘Direct’ Je.

Seronok dapat jodoh awal. Banyak pahala kita boleh kumpulkan untuk diri sendiri dan keluarga. Yelah, jodoh tu kan rezeki. Lelaki yang dapat rezeki jodoh lebih awal kena juga tahu bahawa isteri adalah padang pahala.
Suami yang baik dengan isteri rezekinya murah. Lebih-lebih lagi kalau tidak culas bab nafkah. Tak susah pun nak jaga isteri tetapi mental suami kena kuat. Ragam manusia macam-macam tapi kalau pandai ‘tackle‘, yang susah pun jadi senang!
BACA JUGA ARTIKEL Tak Semestinya Kahwin Awal Tu Tanda Dah Gatal. Tapi Sebab Nak Rebut HADIAH MISTERI! – Pesona Pengantin
Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.
1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.
2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.
3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.
4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.
5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.
6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.
7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia
8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.
9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.
10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.
Kawan-kawan,
Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.
Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.
Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.
Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.
Begitulah.
Kredit : Lovetaby Sitisarah

Posted

in

by

Comments

Leave a Reply