Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Rai Perkahwinan Anak Kedua, Terima Menantu Lelaki Mualaf

Baru-baru ini melalui hantaran di laman Facebooknya, Dr. Tengku Asmadi berkongsi berita gembira meraikan perkahwinan anak keduanya. Ujarnya lagi majlis perkahwinan tersebut diadakan secara sederhana dan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Sebut sahaja nama pakar motivasi ternama, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pasti ramai yang mengenali beliau. Pendapat dan nasihat beliau juga sering diminta bagi membantu merungkai kekusutan daripada hal kekeluargaan, hubungan suami isteri, anak-anak hingga isu-isu di tempat kerja, sebagai usahawan dan ahli korporat.

Tengku Asmadi berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari University of Queensland, Brisbane, Australia. Sebaik tamat pengajian, beliau telah menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua tahun. Beliau kemudian meletak jawatan dan mengambil keputusan untuk menjadi pakar motivasi sepenuh masa. Sebelum itu pun, beliau sudah banyak memberi ceramah motivasi secara sambilan sehingga adakalanya tugas sebagai pensyarah terganggu.

Berikut catatan ringkas Dr. Tengku Asmadi.

Subhanallah. MasyaAllah. Tabarokallah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH, anak kedua saya, perempuan, Tengku Suhaila, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya saudara baru Mikha Chan.

Majlis diadakan secara sederhana sahaja melibatkan kaum keluarga terdekat dan teman rapat kepada pasangan pengantin. Ia atas permintaan pengantin dan pihak keluarga sendiri.

Semoga pasangan dikurniakan keberkatan dan sentiasa dalam rahmah dan kasih sayang Allah.

Kepada menantu pertama saya Mikha Chan selamat kembali kepada agama fitrah dan semoga menjadi suami yang baik kepada Tengku Suhaila.

Saya mohon doakan mereka berdua.

Sumber: FB Dr. Tengku Asmadi


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply