Salad Timun Yogurt. Menu Sihat & Sedap Paling Senang Buat

Tercari-cari menu sihat yang sangat sedap? Resipi Salad Timun Yogurt perkongsian Fairus Fariza ni antara yang terbaik yang anda boleh cuba. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan. Berbaloi angat untuk dicuba.
Boleh dimakan sejurus siap atau jika suka dingin, sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum menikmatinya. Pasti berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya.

RESIPI SALAD TIMUN YOGURT SEDAP & MUDAH

BAHAN- BAHAN:
Timun
Yogurt asli
Jus lemon secukupnya
Garlic powder secukupnya – beli online disini
Bon chili @ chili flakes – jika suka pedas – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis timun menggunakan pengupas buah. Ia bertujuan untuk dapatkan kepingan timun yang nipis, halus dan panjang.
2.Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga semuanya sebati.
3. Rasa dan sesuaikan rasa dengan menambah perasa dengan secukupnya.
4. Salad Timun Yogurt sedia untuk dinikmati.

INFO: Untuk resipi ini wajib guna yogurt asli @ berperisa natural. Kalau guna yogurt berperisa manis nanti tak jadi.

Kredit resipi & foto: Fairus Fariza

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply