Minuman ‘Ajaib’ Turunkan Kolestrol, Kulit Jadi Glowing, Toksin Pun Tersingkir

Kolesterol merupakan bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Minuman ‘Ajaib’ Turunkan Kolestrol

Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Tahap kolesterol boleh dikenal pasti sebagai:

i) Tahap kolesterol baik

Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.

ii) Tahap kolesterol jahat

Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.

Sumber makanan yang mengandungi kolesterol:

*Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan.
*Kepala ikan bilis dan udang.
*Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Maka sebab itulah kolesterol dalam badan perlu dikawal sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.

Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional‎. Selamat mencuba!

Kulit Jadi Glowing, Toksin Pun Tersingkir

PETUA TURUNKAN KOLESTEROL

Bahan-bahan:

1 biji epal hijau
1/2 biji timun
1/4 biji lemon
1 sudu besar madu

Cara-cara:

  1. Kisar epal hijau dengan setengah biji timun.

2. Perah suku biji lemon. Campurkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi. Akhir sekali masukkan satu sudu besar madu.

Boleh amalkan minum setiap hari. Bukan sahaja bagus untuk menurunkan kolestrol tetapi juga dalam masa yang sama menjadi kulit lebih ‘glowing’ dan membuang toksin dalam badan. Badan pun terasa ringan sahaja.

INFO TAMBAHAN: 

*Epal hijau membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Epal hijau  mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah.

*Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memastikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit tidak dicemari pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.

*Epal hijau juga menghalang kerosakan gigi. Apabila mengunyah epal, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan banyak air liur dapat mengurangkan bakteria dalam mulut sekali gus mencegah kerosakan gigi.

Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply