Bayaran ansuran kereta mahu pun rumah, kedua-duanya melibatkan peruntukan wang yang besar hingga ribuan ringgit dalam sebulan. Malah bebanan komitmen membayar jumlah yang besar itu telah ditanggung bertahun-tahun lamanya. Andai suatu hari sudah tidak perlu lagi membayarnya, alangkah seronoknya.
Pun begitu, dalam anda rasa gembira bayaran ansuran rumah telah habis dibayar pada pihak bank, jangan ingat rumah itu terus jadi milik anda!
Ini sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Peguam Faridah Begum Abdul Rahman, bolehlah dijadikan rujukan untuk semua. Maklumlah bukan semua antara kita ada pengalaman sedemikian.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1) Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2) Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3)Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4)Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5) Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6) Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7) Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.
Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Sumber : Faridah Begum Abdul Rahman
Artikel Berikut: Teknik Betul Tanam Pokok Sup, Pokok Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ini
Mesti Baca: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.