Nak merasa pergi Kashmir, India, tempat indah dikaca Tv menerusi filem Bajrangi Bhaijaan, anda boleh baca pengalaman wanita ini yang mana dia pergi selama 9 hari 8 malam bermula dari tarikh 22 February 2023 hingga 1 Mac 2023.
Trip Pergi Kashmir
Menurut Puan Felicia Ramzi, dia ambil package dari TA yang based di Kashmir – 365 Travel Holidays, owner Yousuf. Lagi ramai pergi dalam group, lagi murah package.
Kami 5 orang (3 dewasa, 2 kanak-kanak) dan anak saya yang bongsu dapat lagi 40% diskaun. Pakej ni sekali makan berserta transport.
Flight dari Malaysia-New Delhi-Malaysia, saya uruskan sendiri manakala flight New Delhi-Srinagar-New Delhi, saya minta bantuan Yousuf untuk belikan sebab dia lebih arif dan dah biasa beli untuk guests. Yousuf belikan flight AA dengan free 15 kg setiap seorang.
E-visa, saya uruskan melalui ejen bernama Mahadee, ini pun dapat melalui kenalan. Sangat efisien dan pantas membuat kerja. Saya mohon hari sabtu tengahari, Ahad petang ejen dah contact saya balik dengan e-visa yang dah approved. E-visa seorang RM160.
Kelebihan buat dengan ejen ialah probability untuk kena reject itu rendah. Sebab kalau kena reject, duit kita takkan dipulangkan balik, kena mohon dan bayar semula. Jadi saya tak mahu ambil risiko itu.
Destinasi dalam pakej:
Sonamarg
Ini tempat berlakon Bajrangi Bhaijaan yang scene merentas border tu, tapi border tu tak wujud pun. Green screen je.
Sini, rata-rata Kashmiri people akan offer macam-macam servis pada kita. Photographer lah, tolak sledge, kena pandai-pandai tolak kalau betul-betul tak perlukan servis mereka.
Saya gunakan khidmat guide bernama Hilal. Dia jaga kami elok atas sana. Nak bawakan beg, dia bawa. Nak minum teh, dia orderkan. Sediakan tip di akhir aktiviti untuk pekerja dia okay.
Pahalgam
Naik kuda sampai ke Mini Swiss. Juga sediakan tip walaupun kita dah bayar dan deal harga naik.
Di penghujung hari, kena bayar lagi tip. Lagi satu, ini sangat penting – kalau pergi dekat hujung winter macam bulan Feb ke, Mac ke, tolong bawa shoe cover.
Ini kerana kawasan pintu masuk mini swiss tu becak teruk. Habis kotor kasut kalau tak bawa shoe cover.
Oh, dan di sini saya request pada driver bawakan kami ke Ashmuqam Dargah, tempat Bajrangi Bhaijaan berlakon juga, yang scene dekat masjid tu. Gembira tak terkata dapat jejak kaki ke sini walaupun Salman Khan tak ada.
Gulmarg
Tukar boot kalau boot yang digunakan tak sesuai. Driver akan bawa ke kedai kasut untuk sewa. Guide juga ada dengan bayaran. Terpulang nak ambil atau tak guide tu tapi ok juga ambil guide, kita dijaga di atas.
Tip:
Bawa body warmer banyak-banyak sebab kat atas sana sangat sejuk. Cuba nikmati maggi masala kat atas, paling best makan panas-panas. Mutton pulaw pun layan makan kat atas sana. Sedap!
Tiket naik saya minta Yousuf belikan sebab tiket kena beli secara online. Saya malas nak fikir masa itu sebab internet pun kejap ada kejap tak ada.
Houseboat Srinagar
Kalau boleh cari yang ada room heater. Houseboat kami – Group of Paris takda room heater, hanya ada bed heater. Jadi pagi-pagi sangat lah sejuk. Water heater kejap ada kejap takda, agak siksa di situ.
Shikara ride
Saya tak berapa nak enjoy sebab diganggu oleh penjual Kashmiri yang datang ke bot (dorang ada shikara sendiri) untuk jual-jual barang. Mereka sangat mendesak kita untuk beli up to a point kita jadi fed-up.
Lepas sorang, sorang yang datang. Be firm lah kata tak nak. Memang itu mata pencarian mereka cuma kita lah tak biasa dan tak enjoy.
New Delhi
(1 extra night pada hari terakhir sebab tak ada flight balik Malaysia) yang ini kami tak ambil pakej sightseeing. Cuma berjalan sekitar market besar berdekatan dengan hotel. Shopping best kat sini walaupun suasana agak berdebu. Sini saya puji TA kami, Yousuf.
Saya pada hari terakhir jatuh sakit. Saya minta late check out, saya kata saya akan bayarkan. Sebab flight balik Malaysia tengah malam, jadi kalau check out awal, lama sangat nanti menunggu di airport dengan keadaan saya yang tak berapa mengizinkan.
TA cuba sedaya upaya deal dengan hotel dan berjaya dapatkan kami kate check out sehingga 6pm. Paling terharu TA insist untuk bayarkan bagi pihak kami. Terima kasih banyak Yousuf Kashmiri.
Extra info:
– Sediakan duit Rs50 dan Rs100 banyak-banyak. Tip akan mengambil jumlah yang banyak masa korang ke sana nanti.
– Bawa ubat-ubatan yang sesuai.
– Kalau pergi musim sejuk, beli losyen yang ada ingredient ‘dimethicone’. Fungsi agar kulit lembap untuk masa yang lama.
– Bawa iron kalau perlu gosok baju/tudung. Sana ada juga disediakan tapi for a price.
– Bawa body heater/warmer.
-Untuk internet, kami guna portable wifi dari TA, dengan sedikit bayaran.
– Untuk contact ejen visa, sini – www.wasap.my/0166697070/visaIndia
– Untuk contact TA, sini – 365 Team Kashmir
To sum, it was a good trip. Siapa tak pernah pergi, kena pergi sekali okay. Jangan risau, banyak askar pun mereka tak ganggu tourists. Best memory ever!
Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian menarik sepanjang berada di Kashmir, India. Jika anda ada plan nak ke sana, boleh jadikan ini sebagai rujukan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.