China Giat Raih Pengiktirafan Antarabangsa Bagi Pesawat Penerbangan Global C919

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) kini sedang giat mengadakan kerjasama dengan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi membenarkan pesawat domestik mereka beroperasi di luar negara.

Penerbangan sulung C919, pesawat penumpang buatan China, dilakukan pada bulan Mei tahun lalu, namun pengiktirafan hanya diterima daripada Pengawal Selia China.

China sedang menjurus untuk mempromosikan pensijilan pesawat C919 di Eropah tahun ini, sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi bersaing dengan ‘gergasi’ dalam industri penerbangan seperti Boeing dan Airbus. Pesawat C919 ini dikeluarkan oleh Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) dan direka untuk menandingi pesawat-pesawat seperti Boeing 737 dan Airbus A320.

Foto Ihsan: South China Morning Post

CAAC telah menjalin perjanjian dua hala tentang keselamatan penerbangan dengan EASA dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat untuk membolehkan produk aeroangkasa buatan China dieksport ke AS dan Kesatuan Eropah.

Zhou Xinmin, Pengurus Besar Comac, dengan jelas menyatakan keperluan meningkatkan pensijilan kelayakan udara pesawat China agar dapat terbang ke luar negara.

Pada tahun ini, CAAC mengutamakan semakan ke atas enjin CJ-1000, di mana ia dibangunkan untuk C919, dan AG600, pesawat amfibia terbesar di dunia. Tumpuan mereka adalah menyelesaikan masalah teknikal, proses pengeluaran, dan sistem operasi utama bagi mengurangkan risiko dalam pembangunan industri ini dalam jangka masa panjang.

Pembuatan penerbangan awam di China telah dianggap sebagai industri strategik yang mendapat sokongan dan galakan besar dari kerajaan, kerana memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini menunjukkan komitmen kuat untuk memajukan dan memperluaskan bidang ini ke skala global.

BACA: SKS Airways Tampilkan Pesawat Embraer Terkini, Kurang Gegaran Dan Bunyi Bising Di Dalam Kabin

Hill HX50 : Pesawat Peribadi Mewah Ergonomik Penuh Kemewahan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply