Pintu Kabinet Dapur Ini Buat Guna Board Plastik & Railing Langsing Saja. Tapi Hasilnya Kemas & Bajet

Dapur dah ada table top tapi bahagian bawahnya tiada pintu. Mungkin belum cukup modal untuk siapkan atau rumah sewa memang tak menyediakannya.

Tapi bila bahagian bawah table top terlopong saja kita pula sakit mata melihat barang-barang di bawahnya. Nampak dapur tak kemas.

Solusinya boleh DIY pintu kabinet dengan cara paling mudah. Hanya menggunakan empat barang saja. Pintu kabinet cuma menggunakan Impra board yang boleh dibeli di kedai buku.

Idea ini dikongsi oleh Dayana Syafiqah. Menurut beliau, kos untuk memasang pintu kabinet table top ukuran 6×8 kaki ini tak sampai pun RM300.

DIY pintu kabinet mudah

Sharing project DIY pintu kabinet dapur menggunakan 4 barang je. Idea ini dari Youtube Homemade DIY. Total kos untuk projek ini tak sampai RM300 untuk saiz dapur 6ft + 8ft.

Sebelum

Selepas

Bahan yang digunakan

1. Railing Langsir, sekaki dalam RM1.20
2. Impra Board, beli di kedai buku pun boleh, nak murah beli di Shopee.
3. Gam Maxbond
4. Gergaji besi untuk potong railing langsir

  1. Potong impra board dan railing ikut ukuran yang sesuai.

2. Lekatkan railing atas dan bawah table top menggunakan gam.

3. Bila gam railing dah kering, masukkan impra board ikut railing.

4. Lekatkan juga railing di bahagian tepi impra board untuk mengukuhkannya.

5. Pasang stoper di hujung railing untuk keselamatan. Siap! Nak lekatkan pemegang pun boleh.

Sumber: Dayana Syafiqah


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply