Resipi Cekodok Pisang Rangup, Garing Di Luar, Rangup Di Dalam, Kena Ikut Tip Ini Baru Jadi

Cekodok pisang yang lembut, rangup dan garing memang enak dimakan tidak kira ketika masih panas mahupun sudah sejuk. Cekodok pisang antara kuih yang menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang lembut dan rangup.

Bagaimanapun bukan semua orang mahir untuk menghasilkan cekodok pisang yang elok cantik, garing dan lembut di dalamnya. Salah cara, cekodok jadi keras dan kempis bila sudah sejuk.

Resipi Cekodok Pisang Rangup, Garing Di Luar, Rangup Di Dalam

Nak buat cekodok pisang yang menjadi elok pun kena ada ilmunya. Diturunkan oleh mak mentuanya, Aina Nik berkongsi cara buat cekodok pisang yang bulat comel dan yang penting sedap. Cekodok pisang ini juga rangup di luar tapi lembut di dalam.

BAHAN-BAHAN:

Pisang
3 sudu gula
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara buat cekodok pisang garing di luar, lembut di dalam:

1. Kupas pisang yang sudah masak ranum. Pisang sesuai untuk buat cekodok ialah pisang awak. Lenyek sampai halus.

2. Kemudian, masukkan 3 sudu gula. Lenyek lagi sehingga gula larut.

3. Lenyek lagi sehinga halus. Kalau masih ada bintil-bintil, tandanya belum lagi halus.

4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sukatannya boleh agak-agak, masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak terlalu lembik, boleh masukkan sedikit tepung. Jangan sesekali masukkan air.

5. Selepas itu, gaul sebati. Hasilnya, adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat.

6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak banyak.

7. Bila sudah panas, cubit adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Jangan terlalu besar, supaya bila sejuk cekodok tak kemek. Pastikan bila menggoreng, jangan letak cekodok terlalu banyak dalam kuali. Bila dah nampak keperangan, kaup balik dan leraikan. Adun guna belakang sudip sehingga garing.

8. Bila sudah masak, angkat dan tos. Boleh nampak hasil cekodok yang kecil dan bulat-bulat. Cekodok ini garing di luar, lembut di dalam. Bila sudah sejuk pun masih comel. Sedap dan lembut. Tak cukup kalau makan sebiji.

Sumber: Aina Nik


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply