Ada yang kata, makan pisang boleh sebabkan usus kanak- kanak tersumbat dan tak dapat kencing. Pernah ada isu yang viral, kanak-kanak makan pisang hingga tersumbat usus dan tidak boleh membuang air kecil.
Makan Pisang Sebabkan Usus Kanak-Kanak Tersumbat & Tak Dapat Kencing?
Dr Sakinah Sulong telah berkongsi tentang info mengenai pisang dan perkaitannya dengan sistem penghadaman si kecil. Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan tahap keranuman buah pisang dan kuantiti pengambilan.
Kredit foto: Freepik
Berikut ialah perkongsian beliau;
Adakah benar pisang menyebabkan usus tersumbat?
Pisang adalah buah yang mudah didapati di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Ianya mudah didapati dan murah harganya.
Selama ini, pisang memang jadi antara kegemaran saya dan anak-anak. Alhamdulillah kami semua tiada masalah.
Ia kaya dengan potassium dan kaya karbohidrat jadi sesuai dijadikan snek ringkas, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang nak memulakan aktiviti fizikal seperti hiking atau berbasikal.
Doktor Ini Kongsi Fakta
Kredit foto: Freepik
PISANG TIDAK MASAK/TIDAK RANUM MENYEBABKAN SEMBELIT
Cerita yang dikongsi ada kebenaran tapi tak semuanya tepat. Pisang tak masak yang boleh menyebabkan sembelit atau menerukkan sembelit. Bukannya pisang yang masak.
Pisang tak masak mengandungi tinggi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan.
Berlainan dengan pisang yang masak. Kandungan tannin sudah berkurang, begitu juga amylase-resistant starch. Kandungan gulanya lebih tinggi.
Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
Kredit foto: Freepik
KUANTITI PISANG YANG DIAMBIL
Pisang juga boleh jadi sumber fiber yang membantu melawaskan pencernaan. Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm fiber. Keperluan fiber anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Bukan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus!
Jadi para ibu yang risau,
Nak bagi pisang, bagilah pisang yang masak ranum dan berilah dalam kuantiti yang sederhana. Segalanya perlu diberi secara sederhana.
Sekiranya anak mempunyai masalah sembelit, mungkin boleh juga cuba buah yang lain seperti betik dan epal hijau. Dan jangan lupa berikan air masak secukupnya.
Satu lagi, galakkan anak membuat aktiviti fizikal seperti bermain di padang untuk mengaktifkan salur pencernaannya. Elakkan bertangguh untuk ke tandas bagi mereka kerana makin lama mereka bertangguh, najis akan menjadi semakin keras.
Khasiat pisang untuk anak-anak:
*Pisang yang masak mengandungi gula yang lebih tinggi. Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
*Mengurangkan stres. Jangan ingat kanak-kanak tidak stres. Mereka pun ada masa-masanya stres juga.
*Mencegah asthma
Tahukah ibu, menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London, pakar menemui bahawa anak-anak yang makan pisang setiap hari berkurang risikonya untuk terkena asthma hingga 34%.
*Melancarkan pencernaan
Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm serat. Keperluan serat bagi anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10 gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Kredit foto: Freepik
Pisang bukan hanya sedap dimakan begitu saja, malah ia sesuai sangat diolah dalam pelbagai resipi untuk bayi dan juga kanak-kanak:
Lempeng pisang
Cekodok pisang
Cucur pisang
Muffin
Kek pisang
Puri pisang bersama oat
Semoga bermanafaat dan menghilangkan salah faham pada pisang.
Sumber: Dr Sakinah Sulong
Kredit foto (top image): Freepik
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.