Lokasi Jalan Kaki Sekitar Ipoh, Bercuti Cara ‘Zero’ Kos

Ini lokasi jalan kaki sekitar Ipoh yang patut anda tahu kalau sudah sampai Perak. Serius, jiwa akan rasa seronok kalau tbercuti tapi dapat jimatkan kos.

Jom baca perkongsian daripada Adda macam mana dia bergerak jalan kaki sahaja waktu sampai Ipoh. Banyak sangat tempat menarik dekat-dekat bandar Ipoh pun, senang!

Lokasi Jalan Kaki Sekitar Ipoh

Buat korang yang plan nak ke Ipoh, tapi masih tah tahu nak hala ke mana, boleh singgah  9 tempat ini ya:

1. Concubane Lane

Pergi sini sebab nak makan street foods yang super sedap! Dan dah tentulah borong souvenir sebagai kenangan. Boleh makan dessert ‘rain drop’ dan ‘ais kepal’ cuaca pulak panas, lega tekak wehh!

2. Kong Heng Square

Bermalam di ‘Hotel Sekeping’ yang terletak di kawasan Kong Heng Square, lagi menjimatkan masa dan tenaga kalau nak berjalan kat Ipoh. Sambil tu aku ronda artisan market dan boutique kat kawasan ini.

3. Little India

Dengar nama pun tahu ia adalah kawasan India. Jalan kaki lebih kurang 10 minit dari Concubane Lane. Ada banyak pilihan restoran masakan india juga kedai menjual pakaian tradisi serta aksesori mereka.

4. Lorong Panglima – Lorong Seni

Lepastu, kami teruskan lagi jalan kaki ke ‘Lorong Panglima’, lorong yang telah dicantikkan dengan lukisan mural. Pilihan para photographer dan mempelai untuk bergambar di sini.

5. Book Xcess

Bukan sekadar Book store bagi si ‘ulat buku’. Malah menjadi port OOTD bagi yang suka bergambar. Setiap sudutnya cantik, memang seronok singgah sini.

6. Birch Memorial Clock Tower

Dibina pada tahun 1909, ini menjadi salah satu bangunan bersejarah kat Ipoh ini. Kami tak lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat. Ambil masa 8 minit jalan kaki dari ‘Book Xcess’.

7. Ipoh Railway Station

Keunikan pembinaan bangunan station ini amat mengagumkan. Masih kekal bertahan sehingga kini. 20 minit jalan kaki ke ‘concubane lane’. 1st day sampai kami pergi sini dulu, sebab datang naik keretapi. Baru lah jalan ke tempat lain.

8. Cendol Abang Kacak

Pernah viral kerana si penjual adalah abang kacak yang sado. Ramai artis dan ahli politik pernah singgah pekena cendol kat sini. Amboiii kemain! Aku pun tak lepaskan peluang singgah carik abang kacak. Tapi segan eh nak bergambar dengan dia. Carik cendol cukup lah kan. 🤭 Terletak betul-betul kat kawasan ‘concubane lane’. 2 minit sampai.

9. Cafe Suhaimi

Dah penat berjalan, of course lah lapar kan. Terletak di Jalan Bijeh Timah. Korang kena singgah makan kat sini. Mee kari dia padu weh!! Sebenarnya aku tak plan pergi sini. Masa tu jalan, terus ternampak Cafe Suhaimi ini. Lepas itu cubalah singgah.

Perghh, ini yang bestnya kalau jalan kaki, kita dapat singgah tempat yang tak ada dalam plan kita pun! Tak singgah mana kita nak tahu, tetapi `cafe Suhaimi’ sangat berbaloi. Murah dan sedap!

Jadi, mesti korang rasa tak sabar nak ke Ipoh kan? Save now travel later!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply