Transformasi Dapur Gaya Modern Classic

Menjengah ke ruang dapur milik Siti Haryana Abdul Ghani penampilan begitu homey dengan pilihan rona pastel yang menyejukkan pandangan.

Transformasi yang dilakukan oleh team The tukang nyata memberi kepuasan kerana dapur idaman berjaya direalisasikan. Dapur bergaya open concept ini  luas dan tanpa sekatan.

“Sejujurnya saya tidak menyukai idea untuk adakan wet and dry kitchen. Tapi di Malaysian ia normal. Pada saya dapur satu, sama ada dapur basah atau kering keduanya perlu dijaga dan dibersihkan. Bila disatukan secara automatik akan dijaga rapi,” akui Yana.

Bukan mudah untuk menghasilkan dapur idaman ini. Perbincangan demi perbincangan dengan pereka sebelum kata putus diambil.

Menurut Syaiful yang bertindak sebagai pereka dapur ini mengatakan apa yang diinginkan oleh pemilik ialah dapur serbaguna, di mana keperluannya sebagai seorang isteri,ibu dan juga wanita yang bekerja dapat diharmonikan dalam satu reka bentuk masa kini.

Renovasi dan penggunaan material

Dapur sebelum renovasi

proses renovasi

Setiap proses renovasi tentunya ada rintangan yang dihadapi, namun tanggungjawab yang diberikan menjadikan team pereka The tukang berjaya atasi cabaran sepanjang renovasi dapur ini.

Dapur pemilik yang dirancang dengan baik dan teliti bukan sahaja dapat hasil yang cantik, malah ia juga dapat memudahkan urusan ketika berada di dapur.

“Saya juga ada minta pereka untuk adakan cat area untuk ditempatkan dalam ruang dapur ini. Dapur dilengkapi pot filler untuk mudahkan urusan memasak. Selain itu saya minta adakan Pocket door. Rumah ini tidak mempunyai dapur basah. Inilah dapur utama saya. Pocket door sangat membantu to get everything in. Barang-barang penggunaan harian ada di dalamnya,”ujar Yana.

pot filler

Bahan kabinet dapur ialah papan jenis blockboard sebagai body atau carcass. Manakala bahagian pintu menggunakan papan yang dirawat iaitu high moisture resistance board.

Dapur seluas 336 Kps ini membenarkan pemilik mewujudkan island sebagai ruang ekstra untuk penyediaan bahan memasak, ruang makan dan sebagainya.Table top island dan kabinet menggunakan porcelain marble finish. Backsplash dan table top menggunakan design yang sama bertujuan untuk mewujudkan rasa harmoni di pandangan mata.’

Pilihan rona kabinet dan ruang simpanan

Pemilihan warna adalah dari persetujuan bersama setelah kami mencuba beberapa sample yang disembur atas permukaan kayu. Cabaran juga mahu mendapatkan warna yang diingini pemilik.

“Warna cerah memang cantik namun perlukan lebih usaha. Maka selepas memasak saya akan pastikan dapur dibersihkan terus.Dapur sebelum ini berwarna putih. Bila nak buat yang baru ni tak mahulah putih juga. Mahukan warna cerah. Kini tona warna kelabu menjadi pilihan.

Bagi menambah aura dan mood di ruang dapur, peranan lampu sangat penting. Penggunaan spot light di ruang dapur memberi mood indah di dapur ini.

Kemasan pemegang stainless steel

Pemegang dapur menggunakan material stainless steel. Bagi kemudahan mencuci, reka bentuk sinki undermount deep stainless steel digunakan.

Ruang penyimpanan bergantung pada saiz dapur dan juga kepakaran pereka bentuk dalam menggunakan ruang yang ada.

“Untuk storage, saya memang berbincang dengan designer apa yang saya mahukan di ruang dapur, storage untuk letak apa. Jadi dia akan design dan allocate apa keperluan yang saya inginkan. Pull out shelving sangat banyak membantu untuk penstoran barang. Selain itu pull out dustbin satu kemestian. Dapur ini jelas menggambarkan gaya hidup dan personaliti diri saya.” akui Yana.

Pemilik bersama syaiful pereka The tukang

Nama pereka Dapur: The tukang

Konsep Dapur: Modern Classic

Keluasan Dapur: 336 Kps

Jenis Kediaman: Superlink Terrace

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply