Perkongsian bekas atlit badminton negara yang cukup disegani, Datuk Wira Lee Chong Wei di Instagramnya tidak pernah sama sekali menghampakan kita.
Ada sahaja ayat spontannya yang menyuntik semangat dan kekitaan dalam hati rakyat Malaysia. Berbeza dari entrinya sebelum ini, paling manis buat semua rakyat Malaysia bersempena Hari Malaysia hari ini, bekas hero negara kita ini turut berkongsi perkhabaran gembira.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada dua orang cahaya mata, Kingston dan Terrance ini mengumumkan kehamilan ketiga isterinya, Datin Wong Mew Choo.
“Side note.
1. Sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy @wong_mew_choo,” begitu kata Datuk Lee Chong Wei berkongsi khabar gembira.
Namun paling menarik pastinya telatah lucu bapa penyayang ini bersama dua anak lelakinya, Kingston dan Terrace mengenai kehadiran adik baru kelak.
“2. Tanya budak budak. “Boys,Korang nk baby boy or baby girl?”
@terrance_leekj :”Tak kisah papa. Janji baby and mommy sihat”. (terus bergenang air di Mata Mew Choo)
Tak sempat nak habis terharu…
Kingston :”Baby girl.”
Saya :”Kenapa ?” (hmm..maybe budak ni matang gak, nak adik pompuan sebab dah ada adik lelaki)
@kingstonleekc :”Ooo…you punya pasal la. Tak nak beli controller lebih untuk Nintendo switch aku. Ada 2 je ni. Kalo adik lelaki lagi, kurangla chance untuk I main.”
(Nasib baik belajar yoga 🧘♂️ baru-baaru ini),” kongsinya berseloroh.
Dalam pada itu perkongsian hero kesayangan rakyat Malaysia ini turut mendapat ribuan ucapan tahniah dari pengikutnya.
Titip pesanan manis sempena Hari Malaysia
Insan kesayangan ramai ini seperti biasa turut menitipkan ucapan paling manis dan penuh bermakna disamping berkongsi nasihat buat rakyat Malaysia.
Walau diuji dengan dugaan dan tawaran yang menggunung buatnya, namun cintanya pada negara tetap utuh. Syabas dan tahniah Datuk!
1. Sebentar tadi, Azlan tanya pada saya kenapa Wooi Yik menangis bila memenangi Kejohanan Dunia. Saya kata ia berkemungkinan besar disebabkan, pada masa itulah dia mengimbas kembali semua usaha yang dia lakukan untuk negara ini, semuanya berbaloi sekarang. Detik itu dia tahu mampu membanggakan keluarga, rakan dan rakyat senegaranya.
2. Kemudian Nini tanya pada saya mengapa saya menangis di podium Olimpik. Jawapan saya? Saya tak dapat berikan negara saya kebahagiaan yang mereka inginkan.
3. Saya terima tawaran untuk melatih di luar negara. Tawaran besar. Tetapi saya tinggal. Malaysia jauh lebih baik.
4. Ini adalah negara anda dilahirkan. Di mana anda bersekolah, punya kenangan bersama rakan dan keluarga. Makanan kegemaran anda juga ada di sini. Ketawa anda di sini.
5. Negara ini mempunyai semua sumber alam. Tiada gempa bumi besar. Tiada gunung berapi.
6. Bayangkan Malaysia tanpa politik perkauman. Bayangkan Malaysia mempunyai ahli politik/pemimpin berpendidikan yang berkelayakan. Bayangkan Malaysia dengan satu sistem sekolah maju yang kukuh.
7. Rakyat Malaysia suka merungut. Kami suka mencari kesalahan. Tapi jangan u guys fikir sebab makin sayang makin benci. Semakin anda mengambil berat semakin anda akan mengeluh.
8. Sesiapa sahaja yang lahir di Malaysia. Jauh di dalam hati dia akan tahu Malaysia adalah rumah sebenar.
9. Pilihanraya akan datang. Mari kita semua (semua pihak) menjadikan Malaysia sebagai rumah yang sepatutnya.
10. Saya sayang Malaysia. Selamat Hari Malaysia.
View this post on Instagram
Terdahulu, Datuk Wira Lee Chong Wei bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo mempunyai dua orang cahaya mata, Kingston Lee dan Terrace Lee.
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.