Setiap ibu ayah menginginkan anak yang bijak dan sihat baik ketika di dalam kandungan ataupun semasa tempoh tumbesarannya. Amalan oleh ibu ketika sedang hamil boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan. Mendidik anak sedari dalam rahim bukan sahaja untuk pembentukan fizikal otak anak tetapi jiwa spiritual mereka juga.
Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi beberapa tip yang boleh si ibu amalkan ketika mengandung sebagai inisiatif memastikan anak sihat dan bijak sejak dalam rahim.
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Artikel Menarik: [Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu]
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Krediti foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
BERI NAMA YANG BAIK
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
SELALU BERKOMUNIKASI
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
AYAH SEMBANG DENGAN ANAK
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga. Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
‘DEKAT’ DENGAN AL-QURAN
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Artikel Menarik: [Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik]
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
ELAKKAN BERTENGKAR SEMASA MENGANDUNG
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
MAKAN YANG ‘ELOK-ELOK’
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Krediti foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Artikel Menarik: [“Cinta Lahir Dari Hati.” Wajah Happy Isteri Disuap Suami OKU, Jelas Rasa Bahagia!]
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Perkongsian ini sekadar inisiatif si ibu untuk menjaga kandungan supaya tumbesaran janin berlaku dengan baik. Diharapkan dengan mengamalkan perkara-perkara ini akan membuatkan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat sahaja.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.