Isteri kepada usahawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan usia kandungannya kini hampir memasuki trimester kedua.
Memetik laporan MH, Datin Shahida mengalami alahan yang agak teruk pada awal kehamilan dan mudah rasa penat hingga jarang berkongsi perkembangan semasa di media sosial.
“Ya saya sekarang sedang hamil anak keenam, baru tiga keempat bulan begitulah. Jujurnya saya kali ini tidaklah terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini.
“Iyalah ini kali yang keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya jalani kehidupan macam biasa sahaja.
View this post on Instagram
“Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya.
“Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang update perkembangan terkini di media sosial. Yang dimuat naik pun foto atau video lama,” katanya.
Mengulas mengenai video tular baru-baru ini hingga ada netizen yang membuat spekulasi dirinya sedang hamil, Shahida akui terkejut.
“Cuma itulah bila hal tersebut jadi viral, saya pun rasa pelik. Kita bukan baru hamil, anak pun dah lima orang.
“Apa pun saya ucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan semua. Doakan agar urusan seterusnya dipermudahkan. Kami memang merancang nak enam orang anak.
“Soal jantina saya serahkan padaNya. Kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, cuma yang penting mendoakan agar bayi dalam kandungan dalam keadaan baik,” ujarnya.
Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah serta turut menjaga seorang anak angkat.
Kredit: MH ; IG Datin Shahida
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.