“Bila Mengidam Pegang Memerang.” Pekerja Zoo Penuhi Permintaan Ibu Mengandung

Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.

Baca Juga:

Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya, Ibu Mentua Usaha Buatkan. Seronok Bila Dapat! 

Auto Sebak Tengok Reaksi Pakcik Ni Bila Tahu Anaknya Mengandung. Sedih!

Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil

Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.

Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.

Tengok video ini;

@wanyanjee Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang. Alhamdulillah dapat jugak pegang 🥰 Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang Nasib dilayankannn 🤭 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #memerang #memerangjinak ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Ramai juga yang meninggalkan komen di video yang dikongsikan;

Biarpun tidak lama, tetapi apabila pekerja zoo tersebut membenarkannya memegang haiwan itu sudah cukup membuat dirinya gembira.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply