Salah satu inisiatif untuk pasangan yang sedang mencuba untuk hamil setelah satu tempoh perkahwinan adalah persenyawaan in vitro atau singkatannya IVF. Banyak pasangan yang mencuba kaedah ini sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Begitu juga dengan Influencer media sosial, Fila Amir yang berkongsi kisah tentang kegagalan mereka dalam kaedah IVF ini. Dia dan suami reda dengan ketentuan ini dan yakin dengan perancangan Allah SWT.
Tambahnya lagi, mereka bersyukur diberi peluang untuk melalui proses ini. Perjalanan sepanjang usaha mendapatkan zuriat ini juga membuatkan kasih sayang dan hubungan mereka lebih mendalam.
Fila dan suaminya Adama Mohamed Camara telah menjalani prosedur IVF pada 14 Oktober lalu selepas janji temu bersama pakar untuk kali pertama pada bulan Mac 2022.
Sebelum memulakan kaedah rawatan IVF, Fila terdahulu menjalani pembedahan untuk membuang tiub Fallopian (salpingectomy) pada 15 April 2022. Dia kemudiannya telah memulakan ubat-ubatan IVF pada 9 September lepas.
Tonton video ini;
@filacamaraAlhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah ❤️ Doakan kami 💕 ♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Baca Juga:
“Bila Mengidam Pegang Memerang.” Pekerja Zoo Penuhi Permintaan Ibu Mengandung
Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya, Ibu Mentua Usaha Buatkan. Seronok Bila Dapat!
Wanita Ini Kongsi Momen Keluarga & Kawan Dapat Tahu Dirinya Hamil. Auto Menangis!
“Doktor saya (suami) setiap pagi akan bantu suntik (ubat) sebanyak tiga suntikan. Pandai-pandailah cari tempat yang tidak bengkak. Lepas pemindahan embrio pada 14 Oktober, masih ada suntikan lagi.
Minggu lepas pemeriksaan menunjukkan paras hormon gonadotrofin korion manusia (HCG) tinggi. Mungkin hamil. Tetapi hari ini HCG turun, jadi keputusan IVF kami tidak berjaya.
“Apa pun kami bersyukur dan reda, ALLAH sebaik-baik perancang.”
Di ruangan komen itu, ramai yang memberi kata-kata positif buat Fila dan suami serta berkongsi kisah kehamilan mereka juga;
Pasangan ini pernah tular di media sosial sekitar tahun 2019 berikutan penyatuan dua jiwa yang berlainan adat dan budaya kerana Fila berkahwin dengan jejaka dari benua Afrika.
Sumber: TikTok filacamara & Sinar Plus
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.