Dah ‘Ikat’, Tapi Tiba-Tiba Rasa Benda Bergerak Dalam Perut. Scan Rupanya Hamil 22 Minggu

Sejauh mana pun kita buat perancangan, jika Allah berkehendak atas sesuatu perkara, ia tetap akan berlaku dengan izinNya. Sebab itu ada pepatah menyatakan kita hanya merancang Allah jua yang menentukannya.

Situasi ini sama berlaku pada seorang ibu yang dapat tahu dirinya hamil ketika usia kandungan 22 minggu sedangkan dah buat “Bilateral Tubal Ligation” (BTL) atau mengikat tiub fallopio yang merupakan kaedah perancangan keluarga secara kekal.

Berikut perkongsian Puan Nur Zarra: 

Ini kandungan yang ketujuh dan anak yang keenam. Anak saya yang keempat meninggal masa 32 minggu. Ada simptom of sndromic baby. Tapi tak dapat kesan awal. Anak nombor lima bersalin normal.

Lepas scan baru tahu ada lagi penghuni dalam rahim.

Kandungan 22 minggu baru tahu hamil

Anak yang keenam saya terpaksa czer sebab saya positif Covid masa 3 hari sebelum due date. Jadi terpaksa emergency czer. Sebab tu saya buat keputusan untuk BTL terus. Tak sangka saya boleh mengandung lagi dan masa tahu tu kandungan dah 22 minggu.

Bismillah…fuhhh.. First sekali.. SORRY DAYYAN.

Macam yang semua tahu, Zara dah BTL masa lahirkan Dayyan. Erti kata lain dah ‘ikat’ tahun lepas, 30/8/2021. Tapi dalam sebulan dua ni selalu rasa sakit perut.

Jadi kita buat tak kisah sangat je. Mungkin sebab lasak sangat. Tapi dalam seminggu sebelum tahu hal sebenar, ada rasa benda bergerak-gerak dalam perut makin lama makin kuat dan rasa kick.

Dalam hati ni langsung la tak terfikir pasal pregnant sebabnya dah ikat kan. Tapi hati ni tak sedap, takut benda yang tidak-tidak je. Sampai dah mula fikir unsur-unsur mistik.

BACA JUGA:

[Ingat 2 Rupanya 3. Dah Beli Baju Twin, Ibu Tak Sangka Ada Seorang Buat Suprise]

[Tak Skip Pil Perancang, Period Setiap Bulan. Tahu-Tahu Sakit Perut Terus Bersalin]

[Luka Jahitan Bersalin Normal Cepat Sembuh, Follow Tip Ini. Tak Bengkak & Cepat Kering]

Ada tanya doktor dan doktor cakap mungkin masalah usus dan mungkin juga mengandung luar rahim tapi sangat ‘rare’ la jadi benda tu. Memandangkan kita ni memang kerja kat postnatal wad, jadi Zara cerita kat daktor dan doktor decide nak buat 1 scan. Sekali Nahhhhhh…Hambik kau kepala budak.

Tak tau nak rasa apa. Dayyan baru nak masuk 11 bulan. Jalan pun belum dengan luka czer tu fresh lagi..Allahhh…meraung kat wad..drama kat wad tadi. Tak tau sedih sebab ape..terkejut? Trauma czer? Teruja? Tak tauuuu..

Ingatkan Dayyan dah anak bongsu. Rupanya Allah nak bagi lagi adik

Jadi lepas ni berhati-hati la dengan kaedah apa pun korang guna. Bila Allah dah berkehendak. Maka tak ada siapa boleh persoalkan macam mana ia terjadi. Cuma harap semua dipermudahkan.

8 November (Selasa) kena masuk wad dah, 9 November (Rabu) insyaallah akan lahirlah penghuni rahim yang ketujuh. Doakan moga kelahiran ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Lepas bersalin nanti baru doktor akan buat pemeriksaan terperinci dan akan tahu apa punca sebenarnya. Sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya.

INFO MENGENAI BTL:

Apakah itu BTL ?

BTL ialah “Bilateral Tubal Ligation” atau mengikat tiub fallopio yang merupakan kedah perancangan keluarga secara kekal. Prosedur ini hanya boleh dilakukan secara pembedahan. Langkah prosedur ini melibatkan dengan mengikat kedua-dua tiub fallopio di tengah-tengah. Ini bagi mengelakkan sperma bertemu dengan ovum untuk persenyawaan.

Pembedahan boleh dilakukan sewaktu pembedahan Cesarean atau secara laparoskopik. Risiko kegagalan adalah nisbah 1 dikalangan 200 wanita. Terdapat kes BTL dibuka semula tetapi peratusan berjaya adalah sangat rendah.

Komplikasi BTL hanya berlaku ketika proses pembedahan seperti :
1) Pendarahan
2) Cedera Usus Besar / Ureter
3) Komplikasi Bius

Prosedur BTL itu sendiri tiada komplikasi pada kitaran haid, kuantiti haid, atau ketika melakukan hubungan kelamin. Risiko kandungan luar rahim adalah sangat rendah iaitu nisbah 1 dikalangan 1,000 wanita.

Sekiranya anda berminat untuk merancang keluarga secara kekal, anda boleh merujuk kaedah ini dengan Doktor anda.

Kredit: FB Nur Zarra ; Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply