Anak adalah anugerah terindah dalam keluarga. Saat dapat tahu bakal menimang cahaya mata, pasti akan ada suatu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Sama ada isteri atau pun suami, semestinya momen ini cukup bermakna.
Seperti di instagram penyanyi Syura Badron, 35, dia berkongsi berita gembira di mana kini sedang hamil selepas perkahwinan keduanya pada Januari lalu.
Mohon doakan yang baik-baik
Menerusi video yang dimuat naik, Syura kelihatan melakukan kejutan buat suami tercinta, Muhd Farizat Ismail. Syura telah memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka.
View this post on Instagram
Ternyata dalam kotak tersebut mengandungi sehelai baju bayi yang berwarna putih dengan tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘. Difahamkan, Syura bakal melahirkan bayi tersebut pada bulan Mac hadapan.
Mengenai jantina bayi, pelantun suara ‘Nazam Berkasih’ itu masih merahsiakannya.
“Soon. Mohon doakan yang baik-baik. Abie, @mr.farizat you are going to be a daddy soon InsyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini di portal Utusan Malaysia, Syura pernah menyatakan dia bersyukur kerana memiliki suami yang memahami dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, meskipun perkahwinan mereka merupakan yang pertama untuk suaminya, namun tiada paksaan untuk segera mendapatkan cahaya mata.
“Tekanan tak ada. Mungkin diri sendiri, ada. Saya berkahwin dengan lelaki bujang. Impian semua isteri untuk beri zuriat kepada suami.
“Tapi saya bersyukur, suami tak pernah anggap zuriat sebagai perkara yang perlu dipercepat-cepatkan. Dia faham, kami pun dah bincang perkara ini sebelum berkahwin lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Syura sangat memahami kerana sebagai seorang wanita berusia dalam 30-an kadar untuk hamil menurun seiring pertambahan usia dan sebagai persediaan dia telah mengambil suplemen dan ikut saranan doktor.
Tahniah Syura! Moga proses kehamilan dan kelahiran akan menjadi momen yang terindah buat Syura, suami dan anak-anak.
Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga Januari lalu selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing.
Terdahulu, Syura telah dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Kredit: IG Syura Badron
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.