Sharifah Aryana Kongsi Berita Gembira Hamil Baby Boy. Mohon Doa Semua Dipermudahkan

Pelakon berbakat besar yang juga merupakan anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya iaitu Sharifah Aryana berkongsi berita gembira yang dirinya kini hamil lima bulan.

Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana

Lebih mesra disapa sebagai Yana, mengakui teruja dengan fasa baharu dalam hidupnya yang bakal menjadi seorang ibu. Namun begitu, dia tidak menafikan merasa gementar tetapi bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat.

Turut berkongsi bayi dalam kandungannya baik-baik sahaja. Lebih manis, Yana turut memberitahu bahawa dia sedang mengandung bayi lelaki.

Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana

Baca Juga:

Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena

Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai

Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!

Melalui hantaran di Instagram, Yana juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menyimpan rahsia dirinya hamil.

“Satu perjalanan yang penuh jatuh bangun dan perjalanan sebagai ibu ayah jauh lagi tetapi kami teruja menanti kehadiran si kecil ini.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aryana (@yana.alyahya)

 Sempat juga memohon maaf, Yana memohon agar orang ramai mendoakan dia dan suami serta segala urusan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan kehamilan Yana baik-baik sahaja dan akan selamat melahirkan lebih kurang empat bulan lagi. Tahniah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply