Selepas melahirkan anak ketiga pada 2019, pelakon, Dynas Mokhtar, 39, memberi kejutan kepada rakan dan peminatnya apabila memuat naik sepotong video di Instagram yang menunjukkan dia kini sedang hamil.
Menerusi video yang memaparkan momen-momennya bersama keluarga itu, Dynas turut menyelitkan videonya yang sedang memegang ‘baby bump’ tetapi tidak menyatakan usia kandungannya.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut ternyata memberi keterujaan kepada rakan dan peminatnya yang langsung tak menyangka sama sekali Dynas sedang hamil anak keempat.
Malah, di ruangan kapsyen juga, Dynas seakan mengiyakan segala persoalan tersebut selain turut memohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Yup, surprise everyone. Doakan kami okay,” tulisnya ringkas.
Apa yang menarik perhatian ramai, walaupun hamil di usia lewat 30-an, ramai memuji Dynas kerana kelihatan lincah dan bertenaga.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dynas dan suami.
“Geng 2023..”
Ada yang meneka kandungan Dynas dah mungkin masuk trimester kedua dan rata-ratanya mendoakan mommy dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan urusan kelahiran nanti.
Sekadar informasi, Dynas telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Edriel Obil yang lahir pada tanggal 17 Mei 2019.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa dan Muhamed Haqaish.
Kredit: IG Dynas Mokhtar
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.