Laman Konsep Bali Tropika Cetus Ketenangan Buat Pemilik

Sebaik kaki memasuki ke ruang laman milik S. M Fadaak dan Erna Elliyana mata disimbahi rona pepohon hijau yang segar dan menenangkan jiwa. Laman ini diadun begitu indah sesuai dengan gaya hidup dan cita rasa pemiliknya.Tidak perlu lagi melancong ke luar negara jika rumah sendiri umpama resort percutian. Ketahui bagaimana transformasi laman ini dicetuskan.

Menurut pemilik laman kini diberi nafas baharu terutamanya bahagian kolam ikan dan pancuran air. Tanpa tahu bagaimana untuk bermula,pemilik mendapatkan bantuan dari Tiara Bali Concept untuk membantunya mendapatkan idea yang sesuai.

sebelum renovasi

sebelum renovasi

Setelah berbincang dengan pereka dan pemilik Tiara Bali Concept, Mr.Francis Chan idea laman konsep Bali Tropika jadi pilihan. Ia lebih dekat dengan alam dan manusia apabila dikaitkan elemen air, batu-batuan, tumbuhan semula jadi sebagai latar kehijauannya.

Saya mahukan laman yang ada elemen air dan kolam ikan. Semestinya ruang ini akan saya manfaatkan bersama keluarga ketika waktu santai,” cerita Erna.

Malah, proses ini bukanlah suatu perkara mudah. Kebiasaannya, apabila bertemu dengan pereka dalaman mereka sudah ada sesuatu di minda. Namun, bagi Erna dan pereka, mereka saling berbincang apa yang terbaik untuk direalisasikan kelak.

Jujurnya, pihak Tiara Bali Concept memberikan idea rekaan yang menarik perhatian pemilik. Dengan mengambil berat kemahuan pemilik yang inginkan ruang di mana apabila dia pulang ke rumah, ia bukan sekadar rumah, tetapi ruang untuk berehat, membuatkan mereka ingin membawa suasana konsep Bali Tropika yang menenangkan di laman ini. Idea ini dipersetujui oleh pemilik dan kerja ubah suai pun bermula.

Bagi pereka, tugas membuat rekaan bermula dari awal merupakan tanggungjawab yang cukup besar. Namun sebelum pihak pereka bermula dengan lebih mendalam, masih ada perkara yang perlu diselesaikan tentang suasana dan gambaran yang diingini oleh pemilik.

“Basically Tiara Bali mengubah ke semua landscape di bahagian kolam ikan. Mereka lebih mahir dengan kerja pembinaan kolam, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka yang kemas serta harga berpatutan,” cerita Erna.

Sebagai rumah keluarga, mereka mahukan ruang berkumpul yang selesa di luar supaya dapat mengeratkan hubungan.

“Laman ini membawa pengalaman yang indah dan tenang di samping dapat beriadah bersama-sama keluarga di hujung minggu. Itu sangat menyeronokkan,”akui Erna

Ternyata, laman ini mempamerkan aspek peribadi dan perasaan pemilik.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

https://youtu.be/6yf7Oujoud4


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply