Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mempunyai cara tersendiri untuk memberikan sokongan kepada isterinya, Dr Halina yang sedang hamil.
Menerusi perkongsian terbaru di akan instagram miliknya, Sheikh Muszaphar mendedahkan beliau akan menambahkan berat badannya setiap kali Dr Halina hamil.
Menurut Sheikh Muszaphar, beliau melakukan inisiatif itu untuk memberikan semangat kepada Dr Halina dan tidak mahu isterinya itu merasai kekurangan atau rendah diri dengan perubahan fizikal yang dilaluinya ketika hamil.
View this post on Instagram
“Rasa tembam. Setiap kali Dr Halina mengandung saya akan menambah berat badan untuk memudahkan peralihannya.
“Untuk menggalakkan dia makan, untuk tidak membuat dia berasa buruk. Gemuk bersama..” tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang memperlihatkan angkasawan negara itu sedikit berisi.
Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan komen-komen netizen terutamanya wanita menyatakan rasa terharu dengan perkara itu.
Malah mereka juga berterima kasih kepada Sheikh Muszaphar kerana sering mengutamakan dan menjaga perasaan Dr Halina.
“Tahniah doktor. Semoga bahagia bersama hingga ke syurga. Terbaik sangat jaga perasaan dan emosi isteri.”
“Dr Halina sangat beruntung memiliki suami yang sangat memahami. Tahniah, semoga dipermudahkan segalanya untuk anak yang ketujuh.”
“Saat yang paling ‘rapuh’ buat isteri adalah sewaktu hamil. Terima kasih doktor kerana memahamai perasaan isteri anda dan menjaganya dengan baik.”
“So sweet this family. suka tengok! May Allah bless this family”
Sebelum ini perkongsian Dr Sheikh Muszaphar mengenai kehamilan Dr Halina dikongsikan melalui satu video istimewa.
View this post on Instagram
Apa yang menjadi perhatian, video tersebut sangat kreatif apabila setiap anak berbisik untuk berkongsi berita gembira itu.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Kredit: IG Dr Sheikh Muszaphar
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.