“Sediakan Kelengkapan Bersalin & Bawa Ke PPS” Doktor Kongsi Persiapan Menghadapi Banjir Untuk Ibu Hamil

Malam semalam kita dikejutkan dengan berita banjir yang berlaku di negeri-negeri sebelah  pantai timur. Malah ada mangsa terperangkap banjir antaranya ibu hamil yang sarat menunggu hari bersalin.

Menurut penjelasan Dr Muhammad Izzat, ibu-ibu yang sedang menanti hari mahu bersalin, mereka perlu menyimpan segala kelengkapan bersalin di tempat yang mudah untuk dicapai.

PAKAR KONGSI 5 TIPS UNTUK IBU HAMIL MENGHADAPI BANJIR

1. Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai.

Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.

2. Pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal( buku pink) , sijil nikah, dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin.

Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.

3. Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria,kulat dan parasit ) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan.

Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.

4. Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.

5. Air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Saya doakan semua mak-mak mengandung yang terlibat dengan banjir sentiasa dalam perlindungan Allah. Ya Allah, turunkanlah kami hujan yang bermanfaat.

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply