Hamil Lagi Selepas 11 Tahun, Syura Akui Takut Nak Bersalin & Masih Teringat Sakit Beranak Dulu

Penyayi Syura Badron mengakui gementar menanti hari kelahiran anak keempatnya yang dijangka pada Mac tahun depan. Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, berkata dia bimbang memikirkan proses kelahiran kelak, lebih-lebih lagi faktor usia semakin meningkat.

“Kali ini saya mengandung kembali selepas 11 tahun dan kalau ikutkan nasihat doktor pun risau sebab jarak agak jauh ni, saya ada bertanya dengan kawan-kawan dan ramai yang kata ia macam waktu mula-mula hamil tu perasaannya.

“Saya ada sedikit perasaan gementar sebenarnya tapi alhamdulilah prosesnya sangat mudah dan tidak mengalami apa-apa alahan langsung cuma kerap sakit sebab imune dalam badan rendah bila mengandung ni kan.

“Mungkin untuk orang luar ala umur baru 36 kan, muda lagi tapi untuk saya sendiri untuk membawa anak pada usia sekarang ini bukannya mudah ya… benda tu sangat-sangat menakutkan untuk saya,” kata Syura.

Katanya, meskipun perkahwinan mereka merupakan yang pertama untuk suaminya, Muhd Farizat Ismail, namun tiada paksaan untuk segera mendapatkan cahaya mata.

“Tekanan tak ada. Mungkin diri sendiri, ada. Saya berkahwin dengan lelaki bujang. Impian semua isteri untuk beri zuriat kepada suami.

“Tapi saya bersyukur, suami tak pernah anggap zuriat sebagai perkara yang perlu dipercepat-cepatkan. Dia faham, kami pun dah bincang perkara ini sebelum berkahwin lagi.

“Kami berusaha dan mencuba. Saya pun bukan muda lagi. Elak mengandung dalam keadaan yang berisiko,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Syura juga berkata, sebagai seorang wanita dalam usia 30-an, dia maklum akan situasi di mana kadar keboleh hamilan menurun seiring pertambahan usia.

Namun, katanya itu bukan alasan untuk berputusa asa dan tidak berusaha.

“Pada usia sekarang, saya risau dengan keadaan badan.Jadi saya memang jaga. Ambil suplemen dan ikut saranan doktor,” ujarnya.

Syura yang juga bekas juara MasterChef Selebriti musim kedua selamat diijabkabulkan dengan tiga kali lafaz dalam majlis yang dihadiri 30 ahli keluarga kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.

Wang hantaran dipersembahkan dalam bentuk set barangan kemas yang tidak dinyatakan nilainya. Syura juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.

Terdahulu, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006 sebelum berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Sumber:mStar,HMOnline

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply