“Dah Hujung-Hujung Peritnya Rasa Bawa Perut.” Datin Shahida Tunggu Masa Bersalin

Fasa kehamilan bagi setiap ibu adalah pengalaman yang menyeronokkan. Bermula saat mengetahui diri berbadan dua, perubahan hormon, alahan, perut membesar, hinggalah kepada tendangan kecil dan pergerakan aktif bayi. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui proses kehamilan yang sama.

Boleh dikatakan kebanyakan ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga ibu hamil yang terlepas daripada melalui saat ini.

ARTIKEL BERKAITAN [“Uri Bawah, Tak Boleh Berjalan 3-6 Bulan.” Hamil Kali Ni Datin Shahida Perlu Rehat]

Situasi ini juga turut dilalui oleh isteri Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida yang kini sedang sarat mengandung anak keenamnya. Walaupun dah ada pengalaman mengandung dan hamil lima anak sebelum ini, Datin Shahida mengakui dia juga tidak terlepas daripada berasa penat, cepat mengantuk, sukar untuk bergerak aktif dan sebagainya.

Menurut Shahida kandungannya kini sudah hampir mencecah usia 9 bulan dan terpaksa selesaikan tugas mana yang patut sebelum bercuti panjang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

 “Dah hujung hujung ni Ya Allah perit nya rasa membawa perut ni, nak bergerak susah, berdiri lama pun dah mula penat, sentiasa je rasa mengantuk.

“Inilah kita panggil dugaan sebelum bersalin. Tapi saya kena laluinya dengan tabah, kadang tu kena lawan juga rasa malas ni, takkan la nak tidur je sepanjang hari, tugasan azali saya kena selesaikan juga,” katanya.

Difahamkan Shahida kini sedang dalam proses menyelesaikan sesi fotografi untuk koleksi terbaru dari @as.hijabofficial iaitu Koleksi Primadona.

Apa yang boleh dipuji, walaupun pergerakannya agak terbatas dan tak boleh berdiri lama, ternyata semangat dalam diri Shahida patut dipuji.

Sebelum ini, Shahida pernah mengalami pendarahan kerana kedudukan uri dibawah sehingga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat dan tak lasak. Malah dia terpaksa menggunakan kerusi roda buat seketika untuk bergerak.

Menerusi video tersebut, ramai yang memuji wajah wajah Shahida yang begitu berseri-seri dan tetap bersemangat bekerja.

Moga hubungan terus berkekalan

Kredit: IG shahidadherbs 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply