Pelakon, Mia Ahmad yang kini sedang menanti kelahiran bayi ketiganya berkongsi kisah kehamilannya yang pernah diuji dengan keguguran semasa awal perkahwinannya dahulu.
Baru sahaja berkahwin dan ketika itu sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama, pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buatnya dan suami.
Menerusi Instagramnya, Mia berkongsi kisahnya saat berdepan detik hiba itu. Tambah pula diketika itu, dia berada di London.
Bahkan kata Mia, dia berusaha sedaya yang mungkin untuk kembali hamil selepas melalui tempoh keguguran itu. Rezeki berpihak padanya dan suami bila mana dia disahkan hamil semula pada bulan berikutnya. Mia dan suami teramat bersyukur.
“Berkongsi dengan anda bagaimana saya cuba hamil semula selepas keguguran. Waktu it saya kat London. Sedih sangat tapi Allah lebih mengetahui bila kita patut dapat sesuatu rezeki,” tulisnya.
Paling menarik, Mia yang kini sedang menunggu hari bersalinnya yang kini berusia 38 minggu juga turut berkongsi tip yang dilakukannya selepas keguguran, untuk kembali hamil segera.
Paling penting kata Mia, makanlah secara sihat tanpa penambahan pewarna, gula atau gluten. Semua ini cukup baik untuk kesihatan tubuh. Dan ini beberapa lagi tip yang dikongsikan olehnya.
“Anyway, saya berjaya pregnant semula bulan depan nya selepas keguguran tu. Hopefully, apa yang saya amalkan ni works juga untuk you all yang cuba nak TTC.
1. Get your ovulation test (my fav brand is clear blue, kalau kita subur dia akan keluar smiley face ni kalau yang digital lah)
2. Supplements (ni saya tak boleh nak suggest sebab doctor lebih tahu apa yang your body perlukan..refer doc k)
3. Makan secara sihat. Tiada pengawetan, pewarna, gula, gluten.
4. Doa pada Allah SWT bersungguh-sungguh.
Bismillah and Good luck! 🤍,” kongsinya.
Terdahulu, Mia yang mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Sayf Issa dan Iris. Mia kini sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiganya.
View this post on Instagram
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.