Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan

Bagi penggemar Cheesy Wedges, anda tak perlu beli lagi kerana anda sendiri boleh hasilkan snek ini di rumah dengan cukup mudah dan tidak menggunakan banyak kos menggunakan resipi perkongsian saudri Ruby Suhana Said.
Campurkan sahaja beberapa bahan mudah, rasanya sangat enak! Dimakan pula bersama sos keju dan juga mayones, lagilah nikmat. Pendek kata, lebih sedap dari yang dibeli dari restoran makanan segera. Jom cuba!

RESIPI CHEESY WEDGES HOMEMADE HANYA GUNA 5 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang
Garam
Serbuk lada putih – beli online disini
Italian mixed herbs – beli online disini
Tepung goreng serbaguna – beli online disini
Serbuk cheese – bancuh
Mayones – beli online disini
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Mula-mula sekali, rendam ubi kentang seketika untuk membuang kotoran dan tanah. Tak perlu buang kulit pun tak apa. Janji cuci bersih.
2. Kemudian potong kentang menajdi bentuk wedges @ baji.
3. Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus kentang selama 5-7 minit. Ada yang suka rebus tapi empunya resipi suka kukus kerana rasa kentang tak hilang.
4.Ubi kentang yang sudah siap dikukus.
5. Gaul ubi kentang tadi dengan garam, serbuk lada putih dan Italian mixed herbs dengan secukupnya.
6. Tambahkan juga tepung goreng serbaguna. Ratakan.
7.Bila semua bahan sudah digaul sekata, panaskan minyak masak dan goreng. Jika nak perap seketika pun boleh. Rasanya lebih sedap.8.Dah siap. Boleh hidangkan dengan sos keju dan juga mayones.

Kredit resipi & foto: Ruby Suhana Said

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Comments

Leave a Reply