Cara Hapuskan Kulat Putih Pada Dinding & Perabot, Kena Bersihkan Untuk Elak Masalah Kesihatan

Mungkin dalam rumah kita selalu kelihatan kulat halus warna putih muncul pada perabot kayu, dan juga almari malah juga dinding. Walaupun sudah dilap ia akan muncul lagi dan biasanya makin kerap muncul bila cuaca kerap hujan.

Kulat ini juga sebenarnya tidak elok untuk kesihatan. Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Jika dalam rumah sekarang ada kulat ini sebaiknya ia dihapus. Ada beberapa cara yang boleh digunakan. Ia dikongsi oleh Rahmah Rahman dalam satu hantaran di akaun Facebook Tukang Apa Hari ini.

Salah satu punca masalah kulat ini tumbuh selain dari keadaan cuaca, adalah kerana keadaan bilik tidak mempunyai pengudaraan baik. Elakkan duduk dalam bilik yang mempunyai banyak kulapuk ini sementara ia dibersihkan.

Caranya

1. Pastikan setiap hari bilik diberi pengudaraan yang baik, tingkap dibuka, biar ada cahaya matahari masuk, pintu bilik pun dibuka luas setiap hari.

2. Pakai penapis udara, ini sangat membantu.

3. Kurangkan perabot di dalam bilik.

4. Pastikan tuala basah tidak dibiarkan bergantung di dalam bilik.

5. Letak arang (saiz besar) bawah katil atau atas almari ke. Seminggu sekali mesti kena jemur di tempat panas dan letak balik dalam bilik. Fungsinya untuk menyerap bau busuk dan kelembapan.

6. Almari yang ada kulapuk boleh disinfect dengan Dettol. Elak guna perabot gelap.
Letak dehumidifier (Blue Hyppo) dalam almari.

&. Boleh juga guna bancuhan cuka dan air dan lap pada tempat yang tumbuh kulapuk. Lakukan sebulan sekali.

Semoga bermanfaat.

Sumber Nurliyana Hassan


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply