“Terus terang, perasaan kali ini berbeza dan sedikit gementar kerana sudah 11 tahun tidak mengandung. Itu perasaan yang dilalui oleh penyanyi, Syura Badron yang bakal menimang cahaya mata lelaki tak lama lagi.
Menurut Syura, 36, dia juga berasa sedikit gementar menanti kelahiran anak pertama menerusi perkahwinan keduanya itu yang dijangka dilahirkan pada Mac nanti.
“Alhamdulillah, usia kandungan sudah lebih tujuh bulan ketika ini. Kami juga sudah senaraikan beberapa nama yang sesuai untuk anak baru kami ini.
“Cuma perasaan kali ini berbeza dan pastinya saya berasa agak bimbang kerana mengandung pada usia sekarang berbanding ketika usia masih muda dulu.
“Pada masa sama, ada yang beritahu mengandung pada jarak yang jauh ini sakitnya sama seperti ketika melahirkan anak yang pertama dulu,” katanya.
Suami sangat teruja menanti kelahiran
Syura berkata, suaminya berasa sangat teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata baru itu.
“Bukan kami saja, anak-anak saya juga tidak sabar untuk mendapat adik baru dan tidak sabar menjadi kakak dan abang.
“Suami juga yang paling teruja buat persiapan untuk sambut kelahiran anak kami ini dan kami juga perlu sediakan semua kelengkapan yang baru untuk anggota baru dalam keluarga ini,” katanya.
Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.
Ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Kredit: Metro; IG Syura
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.