“Lepas ni Angkut Berenam Pulak” Dekat Nak Bersalin, DS Shahida Enjoy Dulu Sebelum Cuti Lama!

Kalau dulu anak lima, tidak berapa lama lagi, pasangan usahawan, Datin Seri Shahida dan suaminya, Datuk Seri Alif Syukri bakal menimang cahaya mata keenamnya tidak lama lagi.

Bakal bersalin sedikit masa lagi, ibu cantik jelita ini menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami ke Seoul dan Pulau Jeju, Korea.

Menerusi Instagramnya, DS Shahida turut memuat naik beberapa video momen bersama suami dan lima anaknya yang kini berada di Korea.

Walau dalam sarat kata DS Shahida, dia mahu menikmati percutian bersama anak-anak sepuas-puasnya sebelum cuti bersalin dan berpantang.

“Sebelum keluar yang ke 6 ni kita enjoy lah dulu.

“Hari ni saya sekeluarga ke Jeju island pula, banyak tempat tempat dengan permandangan yang sangat cantik ditambah pula dengan cuaca sejuk sampai ke tulang.

“Semoga urusan kelahiran yang nombor 6 ni dipermudahkan lah. Lepas ni angkut berenam pulak lah,” katanya berkongsi.

Malah akuinya lagi, tidak mudah mengendalikan lima anak dengan pelbagai ragam sepanjang bercuti. Masing-masing menduga keimanan namun rasa kasih pastinya bercambah bahagia bila terbang jauh bersama anak-anak.

“Bukan senang nak uruskan anak ramai ni kalau nak berjalan jauh.

“Betul betul menguji kesabaran dengan perangai sorang sorang yang menduga,” katanya lagi berkongsi.

Sepanjang bercuti ke Pulau Jeju, DS Shahida yang bakal bersalin tidak lama lagi dilihat cukup kuat membawa perutnya yang sarat.

Malah ketika meninjau pasar-pasar di sekitar Pulau Jeju serta lokasi menarik di sekitar Jeju, ibu cantik manis ini cukup bertenaga dan bersemangat berjalan bersama anak-anaknya sambil merakam detik-detik indah ketika musim sejuk.

Semoga urusan kelahiran dipermudahkan hingga detik bersalin kelak.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply