Diam tak diam, pelakon Shima Anuar rupanya kini sedang hamil anak ketiganya selepas mengalami keguguran sedikit waktu dahulu.
Melalui Instagramnya, Shima memuat naik gambarnya dengan baby bump yang cukup jelas kelihatan. Pun begitu kata Shima, dia berdepan masalah apabila mengalami alahan yang teruk diawal trimester hingga tak boleh bangun.
Malah kini di usia kandungannya mencecah lima bulan pula dia kerap mengalami pendarahan hidung.
Akui Shima lagi, dia takut selepas mengalami hidung berdarah kerana tidak pernah berdepan masalah sama pada dua kehamilan sebelum ini.
“Ini kali pertama saya kena macam ini. Dulu tak pernah pula. Itu yang terkejut sedikit. Yang lain semua okay. Cuma kehamilan kali ini saya punya ‘morning sickness’ agak teruk.
“Cuma pagi ini ada keluar darah lagi kat hidung. Saya rasa panas dalam kot. Nanti kalau teruk lagi kena periksa dengan doktor. Kerana ramai yang cakap ia normal kalau hamil hidung berdarah,” katanya berkongsi.
Akui ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, sepanjang hamil kali ini dia juga berdepan masalah sukar untuk bangun akibat sering berasa pitam.
Malah kongsi Shima lagi, berbanding kehamilannya sebelum ini, dia kini lebih cepat penat malah tidak pula mengidamkan apa-apa.
“Dulu kan kalau saya hamil, sudah sarat pun saya boleh panjat tangga pasang langsir. Sekarang jadi cepat sangat penat. Padahal bukan buat apa pun. Rasa penat dia itu lain macam.
“Sekarang saya sudah tak ‘hyper’ macam dulu. Mungkin sebab sudah tua sedikit kot. Alhamdulillah semua okay dan setiap kali pemeriksaan kandungan, segalanya baik-baik saja doktor cakap.
“Trimester pertama tempoh hari paling teruk sampai tak boleh bangun. Kalau bangun rasa nak pitam. Sekarang sudah okay sedikit. Setakat ini juga tak ada mengidam apa-apa,” jelasnya.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, pada 8 April 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 4, dan Mikhael Imaan, 3.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat Datin Almy Nadia dan keluarga dalam Pa&Ma Playdate malam ini hanya di channel Astro Ria!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Sumber: Harian Metro
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.