Teruja Nak Scan Bayi Waktu Hamil Tapi Tak Faham, Ini Yang Berlaku Masa Imbasan!

Ibu yang pertama kali disahkan hamil pastinya ternanti-nanti saat untuk melakukan scan atau imbasan kehamilan untuk melihat janin di dalam kandungan.

Apa ada sebenarnya dengan scan dan imbasan ini? Jom ketahui apa yang boleh anda jangkakan ketika melakukan scan awal kehamilan, seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor.

Prosedur scan atau ultrabunyi (ultrasound) merupakan ujian diagnostik tanpa rasa sakit yang dilakukan kebanyakan wanita semasa tempoh kehamilan.

Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan bergerak ke dalam rahim dan kembali daripada janin sebagai getaran. Gema yang dihasilkan akan diterjemah ke isyarat elektrik dan dipancarkan sebagai gambar hitam putih pada monitor – memaparkan tisu lembut dan organ bayi.

2 jenis imbasan

Terdapat 2 jenis imbasan yang boleh dilakukan ketika awal kehamilan. Ini yang anda perlu tahu.

1. Transvaginal Probe
Janin berada di dalam pelvis pada awal kandungan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, maka transvaginal probe- transduser dimasukkan ke dalam faraj, bagi membolehkan doktor melihat rahim melalui serviks. Prosedur ini dilakukan dengan probe berbentuk seakan tongkat yang ditutupi sarung lateks, seperti kondom.

Untuk scan awal kehamilan ini, doktor akan menggunakan sedikit pelincir dan memasukkan transduser ke dalam faraj secara perlahan. Peranti akan digerakan bagi membentuk gambar yang diperlukan di skrin. Ia tidak menyakitkan pada dasarnya, cuma mungkin menyebabkan ketidakselesaan.

2. Transabdominal Ultrasound
Selepas beberapa minggu pertama, kebanyakan doktor akan melakukan ultrabunyi pada perut bagi prosedur scan awal kehamilan.

Gel akan disapukan pada kulit perut bagi membolehkan transduser – peranti seakan mikrofon, meluncur dengan lebih mudah dan meningkatkan penghantaran gelombang bunyi ke dalam badan.

Doktor akan menggerakkan transduser pada perut dengan sedikit tekanan dan gelombang bunyi yang diterima akan menghasilkan gambaran bayi dalam kandungan.

Menarik: Ibu Hamil Mengidam Minum Air Tebu, Boleh Ke Minum? Ini Jawapan Tepat Dari Doktor!

Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza, Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat, Bahaya!

Waktu sesuai scan di awal kehamilan
Umumnya waktu untuk melakukan scan kandungan pertama adalah berbeza bagi setiap individu.

Scan awal kehamilan (minggu ke 6-8)
Pemeriksaan ultrabunyi yang dilakukan sekitar minggu ke 6 – 8 kehamilan biasanya disyorkan jika ibu hamil mempunyai gejala kehamilan berisiko tinggi seperti:

* Pendarahan
* Sakit perut
* Sejarah keguguran kandungan
* Sejarah kecacatan kelahiran
* Komplikasi kehamilan

Biasanya doktor akan menggunakan prosedur transvaginal probe untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan degupan jantung bayi, tarikh jangkaan bersalin dan juga perkembangan semasa kehamilan anda.

Doktor juga dapat menentukan sama ada ia kehamilan berganda atau mempunyai risiko kehamilan ektopik – janin membesar di tiub fallopio dan bukannya rahim.

Imbasan Dating (minggu ke 10-13)
Sekiranya tidak melakukan scan awal kehamilan pada minggu ke 6 – 8, anda mungkin akan menjalani ultrasound dating sekitar 10-13 minggu kehamilan.

Pemeriksaan transabdominal ini akan meramalkan due date, memeriksa degupan janin dan menentukan jumlah bayi dalam kandungan. OB-GYN turut akan memeriksa anatomi asas janin seperti panjang kepala.

Ukuran tersebut penting untuk dilakukan bagi menentukan apakah ukuran janin bersesuaian dengan ukuran sepatutnya berdasarkan haid terakhir ibu hamil.

Scan kandungan: Tinjauan anatomi (minggu ke 18-20)
Jika anda tidak menjalani scan awal kehamilan pada trimester pertama, prosedur ultrabunyi anda biasanya dilakukan sekitar minggu 18 – 20.

Untuk imbasan pada tempoh ini, doktor akan menilai hampir 35 elemen termasuklah berkaitan otak, jantung, buah pinggang, limfa, wajah, jantina dan sebagainya.

Ukuran diameter dan keliling kepala dan perut serta panjang tulang paha bayi turut akan diambil. Doktor akan mencari dan menilai ciri fizikal yang menunjukkan sebarang kelainan.

Namun seperkara yang perlu ibu fahami, pemeriksaan imbasan ini tidak dapat mengesan semua kecacatan kelahiran dan hasil scan normal tidak menjanjikan bayi sihat 100%.

Walau bagaimanapun, melakukan imbasan menggunakan alat diagnostik hebat ini dapat membantu memastikan kehamilan dan bayi dalam kandungan berada pada landasan yang betul.

Persediaan untuk scan
Apakah persediaan bagi ibu hamil sebelum melakukan scan kandungan?

* Bagi wanita yang kehamilannya kurang daripada 14 minggu, akan diminta untuk mengisi pundi kencingnya dengan kapasiti yang mencukupi.

* Gelombang bunyi dapat bergerak lebih baik melalui cecair, maka pundi kencing yang penuh dapat meningkatkan kualiti ultrabunyi pada imbasan tempoh awal kehamilan.

* Pakai pakaian yang bersesuaian untuk melakukan ultrasound, seperti pakaian yang memudahkan akses ke perut.

* Terdapat sesetengah tempat menawarkan penggunaan ultrabunyi 3D yang memberikan gambar bayi berkualiti dengan lebih perincian. Teknologi ini biasanya digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih baik, serta mengesan kelainan wajah atau kecacatan tiub saraf.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Sumber: Hello Doktor


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply