Ramai yang tidak tahu tentang penyakit PCOS. Apa itu PCOS? PCOS adalah sindrom ovari polisistik atau polycystic ovarian syndrome. Kebanyakan wanita yang menghidapi PCOS boleh juga ada masalah obesiti dan kesan kepada tahap kesuburan.
Sumber: Portal MyHealth KKM
Secara klinikalnya. Diagnosis PCOS diberi apabila seorang wanita ada 2 daripada 3 kriteria ini:
1. haid tidak teratur/jarang atau tiada haid.
2. tinggi hormon androgen / hyperandrogenism : fizikal ada bulu badan/muka > biasa, tinggi hormon testosterone.
3. imbasan ultrasound = ovari polisistik 20% wanita yang normal boleh ada PCOS. Bezakan antara sindrom ovari polisistik dan ovari polisistik. Bukan semua yang ada ovari polisistik ada sindrom PCOS ini.
Apa komplikasi PCOS? Jangka masa panjang, kita boleh lihat komplikasi seperti :
1. diabetes : 10-20% boleh dapat diabetis, risiko lebih tinggi jika obese dan ada sejarah keluarga diabetis.
2. tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh diabetis dan obese.
3. penyakit jantung koronari kerana menhidapi diabetis dan darah tinggi.
4. kanser yang disebabkan oleh penebalan lapisan endometrium , membawa kepada hyperplasia, berisiko jadi kanser rahim.
5. kemurungan yang berpunca dari kegemukan dan kurang keyakinan diri.
6. kesuburan. Wanita yang obese akan mengalami tahap kesuburan yang rendah. Lebih tinggi tahap obesiti, lebih rendah tahap kesuburan.
Wanita-wanita perlu sentiasa melakukan saringan kesihatan setiap tahun untuk mengetahui risiko atau jika sudah ada tanda-tanda penyakit. Rawatan untuk PCOS ini diberikan mengikut simptom wanita itu dan apa kehendaknya pada masa rawatan kerana ia melibatkan haid, kesuburan dan masalah kesihatan juga.
Kredit: MedTweetMY
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.