“Saya Makan Untuk 2 Orang.” Amin Idris & Khir Rahman Terkejut, Wany Hasrita Mengaku Hamil Live Di TV!

Selama ini, desas-desus kedengaran mengatakan penyanyi cantik, Wany Hasrita sedang berbadan dua. Biarpun begitu, empunya diri masih tidak mengakui akan hal tersebut.

Sumber foto: Instagram Wany Hasrita

Terdahulu, ketika rehearsal sedang dijalankan untuk sebuah majlis korporat kelihatan baby bump Wany dan dia juga ada mengusap perutnya sambil menyanyi.

Tetap berdiam diri, Wany lebih selesa menyimpan hal ini dan tidak bercerita kepada media mahupun peminatnya.

Sumber foto: Instagram Wany Hasrita

Namun, berita baik tentang dirinya yang sedang hamil telah dikongsikan Wany semasa mengacarakan sebuah rancangan di TV1.

Baca Juga:

Teruskan Semangat Lawan Penyakit.” Tiada Majlis Mewah, Nikita Willy Sambut Birthday Anak Di Hospital Kanser

“Ingatlah, Allah SWT Sentiasa Melihat.” Fazura Luah Rasa Kesal Kes Pengasuh & Taska Tak Bertanggungjawab

“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!

Menerusi rancangan itu, Wany diusik oleh rakan pengacara iaitu Amin Idris dan Khir Rahman tentang dirinya yang kelihatan berisi.

“Abang berisi-erisi tak boleh. Saya makan untuk dua orang.”

Tonton video;

@radiotelevisyenmalaysia Akhirnya Wany mengaku jua 😊patutlah makan untuk dua orang #BorakDuluBaruBuka #SembangDepan #RTMKlik #InspirasiRamadan ♬ original sound – RTM Malaysia Official

Mendengar respon Wany, kelihatan Amin dan Khir seperti terkejut tetapi profesional mengendalikan situasi itu dan kelihatan gembira dengan berita yang dikongsikan.

Selain itu, melalui Instastory, Wany berkongsi dirinya berada di butik busana ibu mengandung dengan kapsyen;

“Baju dah tak muat, kita topup lah.”

Seronoknya bila dapat tahu pelantun lagu Canggung ini hamil. Semoga proses kehamilan Wany dipermudahkan. Enjoy the moment, congratulations Wany!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply