Sarat hamil dan masih berdepan alahan teruk, pelakon popular Emma Maembong tetap bersemangat untuk berpuasa penuh setiap hari sepanjang Ramadan tahun ini.
Kata selebriti berusia 31 tahun itu, pengalaman berpuasa kali ini juga cukup mengujakan kerana mampu bertahan berbanding sewaktu mengalami alahan biasa-biasa pada kehamilan pertama hampir tiga tahun lalu.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
“Meskipun kedua-dua kehamilan anak lelaki tetapi memang alahan yang saya rasa alami kali ini sangat berbeza.
“Kalau ikutkan alahan kali ini lebih teruk berbanding kehamilan sebelum tetapi Ramadan tahun ini saya mampu berpuasa penuh.
“Sewaktu kehamilan pertama, walaupun alahan biasa tetapi saya tidak dapat berpuasa penuh,’
Jelas pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail itu alahan seperti muntah-muntah masih dirasai sehingga kini biarpun sudah menghampiri tarikh bersalin.
“Selepas sahaja dapat tahu saya hamil, alahan mula teruk seperti kerap muntah sampai sekarang (trimester ketiga).
“Setengah jam selepas bersahur, saya terus muntah tetapi agak mengejutkan saya dapat bertahan sehingga tiba waktu berbuka puasa.
“Memang agak terkejut kerana bayi tidak meragam cuma dia lebih aktif bergerak ke kiri dan kanan,” ujar bintang Kimchi Untum Awak itu.
Dalam pada itu, Emma mengakui pengalaman kehamilan kali ini juga yang sangat berbeza berbanding kehamilan pertama. Paling ketara, dia tidak lagi banyak merungut, mengadu penat dan berasakan diri tidak cantik.
“Mungkin semasa hamil pertama kali saya tidak dapat biasakan diri dan banyak merungut.
“Dahulu apa-apa terjadi saya sering mengadu penat dan berasakan diri tidak cantik.
“Namun, sekarang saya lebih menikmati perjalanan mengandungkan anak kedua ini,” jelas isteri kepada juruterbang itu ceria.
Hasil perkahwinan bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.