Berhenti Perjalanan Setiap 2 Jam, Buku Pink Kena Sedia, Ini Pesanan Doktor Untuk Ibu Hamil Balik Kampung!

Jika ibu-ibu gigih mempersiapkan segala kelengkapan dan ubat-ubatan anak untuk di bawa balik kampung sempena raya ini, lain pula kisahnya dengan ibu hamil.

Walau dapat beraya dengan tenang dan gembira, namun jangan dilupakan penjagaan rutin ibu hamil. Malah menurut pesanan Dr Afida Sohana Awang Soh, Obstetrics & Gynaecology Senior Registrar di Klinik Pakar Wanita Metro Bukit Tinggi, buku pink (buku rawatan antenatal) ibu hamil wajib di bawa ke mana sahaja sepanjang beraya.

Dan ini pula pesanan dan penjagaan untuk ibu hamil lain. Jangan lupa!

BALIK KAMPUNG SEMASA HAMIL
Minggu ini, cuti sekolah akan bermula. Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelang di hujung minggu ini. Soalan-soalan berkenaan keselamatan ibu yang hamil untuk pulang ke kampung halaman dan tips untuk perjalanan mula menjadi topik utama setiap kunjungan di klinik perbidanan dan sakit puan kami.

Tidak ada masalah untuk ibu hamil untuk ‘travel’, cuma ianya memerlukan pengetahuan dan persiapan yang rapi.

Cara pakai tali pinggang keledar ibu hamil.

Pesanan am saya buat semua ibu hamil :
1. Pastikan and membawa buku pink/buku rawatan antenatal anda ke mana-mana.
2. Kenalpasti klinik/hospital berdekatan dengan destinasi, dan jika boleh sepanjang perjalanan, supaya mudah mendapat khidmat perubatan sekiranya perlu.
3. Sebelum ‘travel’, disarankan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor perbidanan anda. Setiap orang adalah berlainan tahap kesihatannya, berbeza keadaan kehamilannya, justeru doktor anda boleh memberi nasihat yang diperlukan dan bersesuaian dengan keadaan kesihatan dan kehamilan anda.
4. Sekiranya melancong ke luar negara, pastikan insurans merangkumi masalah kehamilan.

PERJALANAN UDARA
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk ke destinasi, pastikan perkara-perkara di bawah diambil peduli.

1. Periksa tahap/sejauh mana kehamilan yang dibenarkan untuk travel dalam pesawat tertentu. Lain syarikat penerbangan, lain syaratnya.
2. Pastikan anda mempunyai surat ‘fit to fly’ dari doktor perbidanan anda!
3. Jika penerbangan anda melebihi 4 jam, risiko darah beku (DVT/PE) adalah meningkat. Oleh itu, pastikan anda :
a. minum secukupnya untuk mengekalkan hidrasi
b. gerakkan atau buat senaman kaki setiap 30 minit
c. dapatkan stokin DVT/flight socks /TEDs stockings dari farmasi

MEMANDU KE KAMPUNG HALAMAN
Jika hamil, cuba elakkan perjalanan yang panjang dalam kereta. Namun saya faham, situasi pulang ke kampung halaman semasa hari raya menjanjikan perjalanan yang berganda-ganda masanya!

Jika perlu melalui perjalanan darat yang panjang, pastikan :
1. Berhenti setiap 2- 3 jam untuk bangun dan berjalan-jalan. Ini sangat penting bagi mengurangkan risiko darah beku (DVT)
2. Minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi.
3. Buat senaman kaki di dalam kenderaan
4. Pakai stokin DVT / TEDs stockings
5. Pastikan anda memakai tali pinggang keledar (lihat rajah) – pastikan tali pinggang berada di paras payudara bagi lingkaran atas, dan di bawah rahim/pada aras pelvis bagi lingkaran bawah. Elakkan tali pinggang berada pada aras rahim.

Jangan lupa kekalkan hidrasi, dan semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Pa&Ma


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply