Penggunaan ‘walker’ selalu jadi pilihan mak ayah kita di negara ini untuk melatih anak agar cepat berjalan. Hakikatnya penggunaan walker ini diharamkan di beberapa negara termasuklah Canada.
Semuanya kerana sistem keselamatan walker yang langsung tidak selamat untuk bayi. Malah perkongsian Dr Redza Zainol mengenai kes bayi yang dirawatnya selepas terjatuh tangga ketika menggunakan walker ini jelas membuktikan bahawa walker teramatlah bahaya. Jadi elakkan guna walker!
Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ni naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.
Tangga tu tak tinggi pun, tapi SC scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.
Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain hanya cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapatkan rawatan yang lebih baik.
Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna.
Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.
Di Canada sana, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy Of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.
Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan ‘Play yards atau Playpens’.
Kita cipta satu ruang yang selamat untuk letakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak dan berdiri.
Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke telinga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.
Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali.
Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat.
Bantu saya kongsikan info penting ni pada mak ayah yang lain ye. Lagi-lagi yang ada anak kecil.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.