Membesarkan anak sememangnya bukan satu kerja yang mudah. Perlukan begitu banyak kesabaran dalam mendidik anak, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.
Malah anggaran umur anak dari 0 hingga dua tahunlah membuatkan kita rasa tercabar dan perlu bersabar dalam pelbagai perkara. Emosi perlu jadi lebih kuat, hati perlu lebih matang dalam mendepani pelbagai masalah dan ujian kecil.
Apa nak buat? Perlu kawal emosi dulu dan inilah yang dikongsikan oleh Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan.
Saya masih ingat lagi saat anak-anak umur 0-2 tahun, saat itulah saya paling banyak menangis. Menangis sebab rasa clueless. Rasa helpless. Dan rasa tak cukup baik sebab tak mampu nak tenangkan anak yang menangis.
Drama anak dan mak berpelukan sambil menangis macam adegan Hindustan tu dah biasa. Kadang bila drama muncul waktu petang, suami yang pulang dari pejabatlah jadi hero untuk tenangkan kami.
Waktu tu, kesilapan yang banyak kali saya ulang adalah, jadi merepek waktu anak berperangai merepek. Contohnya, anak tengah ribut emosi. Saya pun ikut meribut, lepas tu paksa anak hentikan ribut.
Anak tengah marak menyala. Kita pun dok ikut menyala. Lepas tu paksa anak padamkan api emosi dia. Sedangkan api emosi kita pun, kita gagal padamkan.
Itulah bermulanya musim saya borong segala jenis buku berkaitan dengan emosi anak.
(Rujuk nota di Pinned Post di wall saya untuk tips tenangkan anak)
Yang pada akhir jawapannya, Sebelum kita nak kawal emosi anak, rupanya kita dulu kena kawal emosi sendiri. Gile. Memang susah kot!
Tapi itulah perjuangan kita bila jadi mak dan ayah. Satu perkara yang kita kena ingatkan diri sendiri.
Kalau hari ni kita hambur api waktu anak tengah berapi, 10 tahun akan datang rumah kita akan kekal panas dengan perang emosi kita dan anak-anak.
Cuba.
Tarik nafas.
Bertaawuz.
Kira satu sampai 10.
Peluk dan gosok bahu sendiri.
Ambil wuduk.
Make a joke out of it.
Keep telling ourself “My kid needs me.”
Buatlah apa saja.
Sebelum kita mampu datang pada anak dengan rasa cinta. Then, simply wrap your arms around them. Validate their feelings. And transfer your calmness into them.
Mendepani anak yang rebut emosi adalah sebuah perjalanan.
Di penghujungnya, bukan anak je yang belajar kawal emosi. Tapi kita pun belajar membina kekuatan emosi sendiri.
Jangan stres-stres.
Wawa Shauqi
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.