Berapa Tinggi Anak Kita Bila Dewasa? Doktor Kongsi Formulanya

Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker.

BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?

Cara pertama:

• Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter.

• Tambahkan 13 sentimeter (anak lelaki) dan kurangkan 13 sentimeter (anak perempuan).

• Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa.

Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan).

Walau bagaimanapun, kita kena ingat ketinggian anak kita bergantung pada faktor genetik, pemakanan dan persekitaran (terutaman aktiviti fizikal). Kanak-kanak juga membesar dengan kadar yang berbeza, ada yang cepat membesar dan ada yang lambat membesar.

Jika kita risau dengan tumbesaran anak kita, berbincanglah dengan doktor. Atau catatkan graf tumbesaran anak kita mengikut carta pertumbuhan fizikal yang standard, dan pastikan tumbesaran mereka mengikut umur anak-anak kita.

Semoga bermanfaat

Kredit:Dr Zubaidi Hj Ahmad

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply